Sabtu, 2 April 2011

11 tips menghindari perasaan MARAH!


MARAH

Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk?

Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk sedikit sebanyak utk menghidari diri kita daripada sifat marah...



ihsan Mr.Google


IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.


Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah...walaupun tidak sepenuhnya..namun jika kita megaplikasikan tips-tips di atas..insyaAllah, kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga, kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah...segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah yang Maha Esa dan yakinlah kepada-Nya...

Waalahua'alam..


SENYUM-SENYUM LAH SELALU

10 ulasan:

Unknown berkata...

hmm.. Yana kalau marah dah datang... nak redakan memng diam je.. pastu dgr lagu.. haha.. kalau kat ruma.. Yana da tido.. hihihi..

Ellen berkata...

info yang menarik...thks for sharing...hehe

LAVENDERIES SHAYLEE berkata...

:)


singgah sini dan follow ur blog..interesting entry.. :)

rajin, mai lah blog saya.. :)
http://mystory-fikriyyah.blogspot.com

Isteri Encek Bard berkata...

wah tips yang sangat berguna

Qaseh Dalia berkata...

kalau marah jugak hehe,,makan eskrem tq

toyolkiut berkata...

TK kdang2 tkeluar jg rasa amarah tu..
payah nk control la..

Alin berkata...

hebat! =)

zuhanismohamed berkata...

okay dah tengok gambar last tu terus hilang marah ! he he

Cik ira berkata...

info yang menarik...

sy bukn pmrah.. tp suke ngajuk.. hehe

Unknown berkata...

:) terima kasih. jarang sekali marah, tapi sekali marah memang agak teruk implikasinya. Selalunya terasa jep. Diam sekejap dan okey. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...