Sabtu, 9 April 2011

5 Tanda Anda Terlalu Lama Single - Kepada sang jejaka dan gadis solo

Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.

1. Perasan semua awek/balakz suka pada kau

– Bila awek/balakz lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem/cantik, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek/balakz tadi senyum sebab kau memang hensem/cantik, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari.

2. Membina tabiat makan yang tidak elok

– Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.

3. Kau banyak sangat main games

– Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek/balakz nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha gal?

4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan/lelaki

– Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan/lelaki kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek/pakwe.

5. Kau mula stalk awek/balakz lama kau

– Terima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s/ boyfriend's kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan/lelaki lain.

Sources : www.ohbulan.com dan diubah sedikit oleh Zone69.

19 ulasan:

Astrella@blogger berkata...

hehe single the best what???

Kira Kekuri berkata...

hahahha kesian la siapa org yg still 'single' buat perangai camni ,but x semua camnieh..hihi

iwan_dextrous berkata...

hihihi..ntah r.ahaa

azi nur berkata...

gluppp tersedak kejap~

Unknown berkata...

hhaha..Yana tak rasa cm tu pon.. hhihih..

Afuan Shah berkata...

of course single best..tp yg bab kalau ber awek n pakwe tu x free nak kemana2 itu bagi aku salah..sebab bukan husband or wife pon..lantaklah..:) bukan guna duit dia pon.akekekekek

cOnfuSeME berkata...

xde ciri2 tu pon time single dulu...:P

NadiRah berkata...

xde lah..
nad x macam tu pon...huhu

Tanpa Nama berkata...

sejak aku single dah beberapa bulan ni..aku asyik wat yang no 3..kuat main games komputer..haha.

zameermus berkata...

haha kadang terase gak cam nom 1 tuh...hahaha perasan giler...:P

Cik Bucken berkata...

helo. umah aku ade je stok megi berkepul2..hohohoho

tiefazatie berkata...

xde plak buat benda2 nie...haha

Sam berkata...

Tipu doh semua ni..aku single relax je...kah3..

Aesya Zealous berkata...

single?? ape tu?? haha betul la kot sume ni

sri wijayanti berkata...

hhhmmm, masih nggk ngerti dota itu apa ya?
games macam apa?
temen cowokku ngomongin itu terus...
bisa dijelasin nggak kak?
:D

wani brahim berkata...

huahuahua..tipu ar..ak ok jerk hehehe

tiefazatie berkata...

aiseh..mau bg ifa minum teh meh?hihi

.: juz husna ;. berkata...

single bes ape . ta de masalah sgt . hee~

tyra93 berkata...

x stuju...x sume cam2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...