Aku lihat perempuan bangsaku semakin tersadai layu disinari kelamnya mentari,
demi kerana nama, royalti dan ingin dikenali,
diri sanggup menjadi abdi,
sehinggakan isu tetek dan pundek juga seperti menjadi satu bahan jenaka bagi empunya diri,
inikah namanya segedung ilmu yang ingin dikongsi?
inikah ertinya sebuah kepuasan yang kononnya dicari?
menghalalkan yang batil walau sebenarnya sedang bersekongkol dengan kejahilan sendiri,
mengadu domba, mencela sesama insan dan membuka sehelai demi sehelai kain yang membaluti,
walau berpakaian sudah aku rasakan seperti bertelanjang kini,
di manakah hilangnya sifat duri semalu yang telah sebati dengan perempuan melayu asli?
Biarkanlah…
mereka ini adalah pendukung sekularisme,
mereka berdiri di atas tiang-tiang kemodenan yang dibawa oleh illuminati,
walau dengan sindiran mereka akan tetap gagah berdiri,
menelusuri telunjuk yang pernah menumpahkan darah nenek moyang sendiri,
boleh juga jadi inilah pengertian pemikiran terbuka bagi wanita masa kini.
Sudah….
Srikandi melayuku usah kau hanyut lagi,
jangan dedahkan keaiban diri untuk dikenali,
usah kau takbur dengan harta yang dipinjamkan Ilahi,
telah lupakah kau bahawa kecantikan itu akan hilang dimakan usia nanti,
badan dan wajah yang kau banggakan itu akan mereput di alam kubur itu yang pasti,
telah terjadi mereka yang lahir terdahulu daripada kami,
Mungkin bukan saat ini tapi percayalah ianya akan berlaku esok hari.
4 ulasan:
hm.. dulu lain sekarang lain...
terasa terasa.
:P
feeling woo. rse macam aku lak pompuan.. prmpuan trasa tak?? hehe XD
jauhnye beza kite dengan org zaman dahulu yg kaya dengan sifat pokok dedalu.. ops.. pokok semalu..
Catat Ulasan