Isnin, 11 April 2011

MENUTUP AURAT VS MEMBUNGKUS AURAT

Assalamualaikum W.B.T [sila baca habis ucapan salam ni ok....] and very good evening pada semua rakan-rakan blogger yang ada.... Lama dah tak mencelabih kat sini kan.... [mencelabih itu membebel]. So macam mana anda semua? Pada yang sihat, macam biasa ucapkanlah ALHAMDULILLAH. Dan pada yang sakit tu juga ucapkan ALHAMDULILLAH sebab Allah masih sayang kan kita. Kan sakit itu penghapus dosa... kan3... Ok kali ni cacing  nak bawak satu tajuk besar untuk cacing kongsi pada semua umat islam di Dunia umumnya dan di Malaysia khasnya. . Entry kali ini adalah berkaitan dengan wanita dan juga si maskulin, lelaki.

Ok seperti yang kita semua tahu, pelbagai fesyen telah banyak merubah tatacara kita berpakaian hari ini, fesyen sekarang ni bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tiap hari ada sahaja pakaian atau cara bertudung yang baru diperkenalkan samaada oleh artis-artis mahupun blogger-blogger yang terkenal seperti Hana Tajima, Fatin liyana dan sesape lagi lah yang rasa diri dia famous. Cacing pun femes gak.... erkkkk.... Tapi pernahkah anda semua terfikir bahawa kebanyakan fesyen yang dibawa oleh semua makhluk Allah ini kebanyakkannya adalah MEMBUNGKUS AURAT bukannya MENUTUP AURAT. Pasti anda semua dapat bezakan apakah itu membungkus aurat dan juga apa itu menutup aurat. Bagi yang masih tergaru-garu kepala, tak faham apa itu membungkus aurat sila baca definisi yang cacing buat sendiri kat bawah ni..

Definisi membungkus aurat : Membungkus aurat adalah satu cara menutup aurat tetapi dengan cara yang tidak sepatutnya, atau pun dengan cara yang mudah difahami, umpama memakai tudung tetapi berbogel bagi perempuan lah, tetapi bagi lelaki lak, umpama menutup pusat dengan lutut dengan solotape.

Definisi menutup auratAurat (Arabعورة‎) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripadaAl-Quran dan Hadis[1]  Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. [sumber wikipedia]

Anda semua tentu perasan kan yang masyarakat kat malaysia sekarang ni kebanyakannya MEMBUNGKUS AURAT. Betul kan? Kalo nak dicakap pasal tak tutup aurat tu lagi la kan, berlambak-lambak umpama barang dipasar karat. Contohnya Miera Liyana. Ha sapa tak kenai meh aku nak peluku.... abih tersembul semua. Waktu cacing tengok gambar dia tu, hampir 4.5 liter darah mengalir berterusan kat hidung cacing... Apa lah salahnya dia kuarkan terus 'buah belimbing' tu. Tayang terus. Rugi je simpan.. hehehe..

Sebenarnya bukan salah kita kerana semua ini terjadi, kadang-kadang kita ni terlalu mengejar arus kemodenan. Kita ni terlalu fobia untuk digelar orang yang tak up-to-date. Takut nanti rakan-rakan mengata kita orang kampung sehinggakan kita sanggup MEMBUNGKUS AURAT daripada MENUTUP AURAT. 

Topik ini bukan sahaja untuk kaum wanita sahaja, kaum lelaki pun tidak terkecuali. Berapa ramai lelaki yang sanggup berpakaian longgar? Berapa ramai lelaki yang sanggup memakai pakaian yang labuh-labuh. Jawapannya TIADA. Mesti ada diantara anda sekarang yang menyatakan begini:

          " Alah cacing, aurat lelaki dari atas pusat hingga bawah lutut je.. yang lain buleh bukak ape"

Ha elok sangat la kalau anda berfikiran begitu. Andakan lebih banyak ilmu dari cacing. Haish. Anda sekalian, memang benar aurat lelaki ni dari atas pusat hingga ke bawah paras lutut, tapi pernahkah anda semua dengar tentang PERADABAN? Mesti pernahkan. Jadi tak salahkan untuk berpakaian seperti orang yang bertamadun. Sekarang ni masih ramai lelaki yang berpakaian tunjuk bulu kaki. Bajet korang punya bulu kaki tu straight sangat la pai nak tayang kat orang? Cacing rasa, seorang lelaki tu lagi hensem dan macho kalo berpakaian yang tidak la ketat-ketat atau pun kecik2. Yang sedang-sedang sudah. Macam cacing... hahahah..

Anda semua mesti mengertikan apa yang cacing maksudkan dengan MEMBUNGKUS AURAT? Ala yang pakai baju lengan panjang tapi menampakkan susuk-susuk tubuh, menampakkan bentuk-bentuk 'buah belimbing' atau pun 'buah tembikai' paling cikai pun 'buah lemon', dan juga memakai jubah tetapi menampakkan tubuh yang lansing ala-ala ziana zing, dan juga memakai tudung tetapi menampakkan tengkuk yang berdaki, berwarna hitam dan berkudis... hahahahhahaha.... Maaf-maaf, itu cuma khayalan.




Bagi lelaki pula, MEMBUNGKUS AURAT ni seperti memakai baju adik mereka yang berusia 6tahun, dan bila tunduk menampakkan boxer-boxer atau spenda-spenda yang dibeli di pasar karat, ataupun memakai seluar ketat dan menampakkan 'buah gajus' yang saiznya hanyalah lingkungan 4-5inch sahaja, atau memakai seluar jeans yang terkoyak di peha yang menampakkan lukisan-lukisan kudis yang lama.

Oleh yang demikian, cacing berpesan pada diri cacing serta kawan -kawan cacing semua, marilah berpakaian seperti yang agama kita, iaitu Agama Islam telah gariskan. Agama kita ni dah cukup indah. Sangat  indah berbanding agama lain, jadi tersangatlah rugi kalo kita tak mengikut agama kita.




Ha kalo nak pakai je macam pakcik ni

21 ulasan:

Hani Suraya berkata...

setuju sgt dgn entri cacing ni :)
my sis memang sorg pompuan yg menutup aurat tahap hardcore punya! dia penah ckp, if hani nak tutup aurat, bju WAJIB longgar, pakai tudung WAJIB labuh tahap ustazah..
bila difikir balik, memang itu yg syariat oleh Islam..pompuan haram if tunjuk aurat, walaupun susuk tubuh pada yg bukan muhrim..
tp hani nk ckp lebih pon xleh sbb hani sndiri x btol..so baik hani diam kot =(

CikTomyam berkata...

salam..setuju dengan entry nie.sangat2 suka..

moh datang menjenguk entry berkaitan..^^

http://akusukatomyampedas.blogspot.com/2011/04/kempen-tutup-dada-dan-sewaktu-dengannya.html#idc-container

deDetz berkata...

heluu~ dah abes baca entri ni, bagus arr..sy pun tak mau pakai baju macam tak cukup kain..hee~ tak hingin pun..
jangan seksa mata orag lain lahh hehe..

p/s : followed this blog, hai cacing!! :)

NadiRah berkata...

erk..memang sakit mata tengok macam tu..

ika berkata...

hi.. hehe saya pernah dengar perkataan nie.. nie mesti dari Puan Yasmin Siddik kan?? jus wanna know

ika berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
toyolkiut berkata...

bila berblog, berlambak2 kita d hidangkn dngan hal bungkus-membungkus ni..
terima kasih..
peringatan utk diri TK sendiri..

Unknown berkata...

teruskan n3 yg macm ni...perempuan haram memakai pkaian yg ketat...lelaki pula hukumnya makruh..=)..selamat beramal..

Unknown berkata...

terbaek lah.. yang takleh blah ayt balut dengan salotape.. nice one.. haha.. keep it up k..^_^

Cik Pulau berkata...

suka la enty cacing yang ni..
buat peringatan tuk diri sendiri..
thanks for this entry..^^,

kay_are berkata...

entri yang nice.. betul2.. sekarang ni sume anggap tudung and ape2 yang ade tu sume just fesyen je.. dah lari dah fungsi asal item2 tu..

sekamar rindu berkata...

salam...


hebat gambar abng di bawah tu..:)

Shida Radzuan berkata...

nice entri cacing ^_^
peringatan untuk shida dan kaum hawa yg lain ~

singgah sini cacing!

Shida Radzuan berkata...

nice entri cacing ^_^
peringatan untuk shida dan kaum hawa yg lain ~

singgah sini cacing!

risa berkata...

pandainyaaaa;)

nurra berkata...

take note oso for lelaki yang suka pakai suar very the short yey..i geli TER tengok bulu kaki u allz

Unknown berkata...

cacing..
hok atas bungkus molek doh..bowoh tu x bungkus betol2..haishhh..aper nk jadi lah

hanis berkata...

assalamualaikum cacing,thankz 4 this article!da lme sy nk taw bezanya tutup aurat n melapik tubuh badan/bingkus aurat..thankz sgt2..btw..sy dah follow!

sshyidaa araa berkata...

nice entry cacing~...nme cacing~,,p0y0 t0l,..;))...

jarang ad jjake yg care ab0ut aurat xpecially aurt kaum hawa cm cacing~..keep it up k~..

laki dciptaan t0k mmbmbng wanita,..n bkn t0k mghanc0ss an...;P

LadyBird berkata...

tq atas peringatan dan teguran itu en cacing :)..

mantap artikel ni :)..

teruskan membuat teguran secara membina yer.. :D

YouSOF berkata...

Bagus lah ada teguran camni..



memang betul tu sekarang dah ramai yang bungkus berbanding tutup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...