Assalamualaikum.. Apa khabar semua rakan taulan cacing kat alam siber ni.. Bagi yang sihat macam biasalah, ucap Alhamdulillah.. Bagi yang kurang sihat tu, ucapkan juga Alhamdulillah sebab Allah masih lagi ingat kat kita. Untuk post kali ni, cacing nak kongsi pasal para gadis punya pantang lak. Perempuan ni banyak sangat pantang nya. Time ngandung punya pantang tu jangan cakap la, pai ada yang pantang nak makan kiwi kasut tu.. Macam-Macam wanita perhiasan dunia ni... Jom tengok ape yang perempuan paling pantang dalam hidup dia kalo lelaki buat kelakuan yang kat bawah ni.....
· Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.
· Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, 'buka pintu', 'buat kopi', 'angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi...' dan 'tolong buka pintu tu...'.
· Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata 'gurau pun tak boleh.'
· Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.
· Cakap besar
Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.
· Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.
· Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.
· Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.
· Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.
· Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.
· Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.
· Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang 'buat dak' terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.
· Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.
Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan.
Nota: Penulis ialah siswazah Psikologi Amali, Universiti Southern Queensland dan juga ibu tiga anak.
13 ulasan:
betul..pantang ade cite..mesti nak menyampuk sekali.. wahaha...
Pergh!
Amik pengajaran ye lelaki sekalian.
Cewah.
Bagus tips nih! ;)
hahahahha...cacing2...ada betolnya!!
jom!maen rounders!
Assalam...
Tapi lelaki kdg2 ikot kepala otak dia je...
pantang bile laki lupa anniversary n besday...
mrajuk seminggu....
kalau ego tuh biaselah,nama pon lelaki
vice versa..xkan pempuan je ade pantang..mane adil..lelaki pon macam ni jugak aa
bagi saya, saya kureng sikit bila lelaki cakap besar. Erm, walopun rasenye semua lelaki memerlukan pujian n penghargaan (sama mcm wanita), tp kalo lebih2 rase kureng skit..manusia lagi lapar penghargaan dari makanan kn? tq 4 sharing k!
cahaya setuju dgn cacing..
hehe. ada yg benar di antara
di atas tu .. huhu ;)
pantang bukan lepas mengandung ke?..
klu nak mkn kiwi kasut tu mengidam la...
hihihihi.. :P
i'm here... tq 4 visiting me..
setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :D
setuju sangat yg bab cakap besar tu...
Catat Ulasan