Selasa, 5 April 2011

SENYUMAN UBAT KEPADA DENDAM... PLEASE SMILE =)

Assalamualaikum and very good day for all of you. Cacing sihat walafiat... Terima kasih sebab bertanya (sambil tangan dan kaki dibahu dan mata juling) Anda semua bagaimana? Adakah hari anda penuh dengan sesuatu yang baik ataupun hari anda tidak seperti yang anda semua mahukan. Jika tidak seperti yang anda mahukan, maka bersabarlah. Kerana Allah sentiasa punya sebab kenapa hari anda tidak seperti yang disangkakan. Bagi yang hari-harinya penuh dengan miracle dan juga rezeki, jangan lupa untuk berterima kasih pada Yang Esa kerana semua itu milik-NYA semata-mata.

Jangan pernah menghukum.... Pernahkah anda menghukum seseorang tanpa usul periksa atau pernahkah anda menghukum seseorang setelah mereka yang dihukum sememangnya bersalah? Cacing pernah melakukan perkara ini. Menghukum tanpa usul periksa. Cacing seorang insan. Maka setiap insan tidak terlepas dari berbuat kesalahan kecuali Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda telah dijauhkan dari sifat-sifat terkeji.

Persoalannya, mengapa kita perlu menghukum seseorang? Adakah kerana keegoan dalam diri? Ataupun adakah kita hendak mereka yang bersalah itu merasai apa yang kita rasakan? Dan jika terlintas dalam diri kita, bahwa kita mahu mereka-mereka ini rasa apa itu makna sakit hati maka itu DENDAM. Dan dendam itu adalah sifatnya syaitan. Mungkin anda akan kata " Alah, nama pun manusia, bukan nya kita ni malaikat tuk tak berdendam". Memang benar apa yang kawan-kawan katakan, kita ini manusia, dan manusia mungkin tidak akan jadi sebaik malaikat, tapi kita sebagai hamba Allah yang sangat sempurna kejadiannya. Maka kita boleh berusaha untuk mengelakkannya dengan cara menambah baik keimanan dalam diri.

Pernahkah anda tersenyum ketika anda dilanda masalah? Pernahkah anda tersenyum jika berlakunya break-up antara anda dan pasangan anda? pernahkah anda tersenyum ketika anda lemah semangat? pasti ada dikalangan blogger ini akan mengatakan YA! dan mungkin ada sesetengah dari anda mengatakan TIDAK! Tahukah anda jika anda tersenyum ketika masalah melanda, anda seolah-olah sudah bersedia untuk menerima masalah tersebut dan secara tidak lansung anda akan berjaya mengatasi masalah tersebut, berbanding anda menangis atau terus merasa murung. PERCAYALAH kawan-kawan ku, senyuman itu adalah suatu kuasa yang tersembunyi, dan ia mampu membantu anda untuk menyelesaikan masalah.

Maka anda semua mungkin tertanya-tanya, apa sebenarnya kaitan antara SENYUMAN dan DENDAM. Adakah senyuman dan dendam ini berkawan baik. Adakah senyuman dan dendam ini anak menakan(anak sedara) kepada Ah-Leong tauke beras. Jawapannya memang benar dua ayat ini mempunyai kaitan, tetapi tidaklah kaitan dari segi perhubungan ataupun pertalian darah. Cuba anda praktikkan, apa bila anda terasa ingin sangat-sangat-sangat marah, sebab nak berdendam kena la datang dari perasaan marah kan, so satu saat dimasa anda marah tu, cuba anda ukirkan satu senyuman. Satu senyuman yang ikhlas. Sangat-sangat ikhlas. Insyaallah. anda tidak lagi terasa sangat-sangat-sangat marah, tapi mungkin sedikit marah. Maka dengan itu DENDAM tidak akan terjadi. Lagipun, alangkah ruginya kita umat islam untuk berdendam sesama islam dan alangkah untungnya kita kalau kita dapat pahala senyuman itu biar pun sekecil zarah.

Oleh yang demikian, sahabat-sahabat cacing, renung-renungkan apa yang telah cacing katakan. Jikalau semua umat islam didunia ini saling bersatu, maka tidak mustahil lah negara YAHUDI itu mampu kita hapuskan. Sekian dari cacing. Wasalam.

12 ulasan:

Cik Sara Aspalela berkata...

hye cacing hensem...hahaha....thnkzzz snggah blog...klau ad mse jom lh join GA kt blog sy k

tiefazatie berkata...

cacing hensem ek.hihi

wy yu berkata...

kelebihan wanita...

wy yu berkata...

oppps.slh tmpt komen.maap en.cacing

Unknown berkata...

btol2..sentiasa senyum..tapi jangan sentiasa sengih..org kate giler..haha

Unknown berkata...

susah dalm kemarahan kta akn tersenyum... tapi dulu Yana suka dendam..(nnt ko.ada ubi ada batas, ada hari aku balas......) haha....
tapi tu dulu la.. mase skola.. sekarang Yana redha.. ko buat la. kte tunggu kat akhirat nnt.. tapi memang susah bila tengh marah nak senyum.. nnt cool sndiri senyum la blik.. haha..

Unamn berkata...

waaaaaaaaaa... agree! sy suka senyum :)

Isteri Encek Bard berkata...

datang dengan senyuman ngeeeeee

si para para berkata...

betul tu..dendam tak bawa apa apa kebaikan..malah makin membawa masalah..

dulu biasa jgk marah marah..tapi bila fikir balik..tak guna nak marah..lagi pun benda dah jadi..
baik kita sabar.
sabar ada banyak kelebihan.

dan senyum tu dah cukup utk melawan ribut.

nabByla berkata...

senyum... tak perlu kata apa2.. i love to smile. :))

Tanpa Nama berkata...

cheeseeeeee :DD

Tanpa Nama berkata...

:)huuuu budak utm :)

HHAAtk lah . ingat nak masuk utm tapi tak mint engine . then jauh le =.= malas .

orang perak kan ? HOHUHUHUHU hidup perak !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...