Kali ni tidak khusus kepada wanita dan lelaki sahaja kerana cara makan ni melingkupi semua. Personaliti pasangan pun boleh ditafsir berdasarkan cara si dia makan. Nak tahu lebih lanjut ? Jom baca kat bawah ni :
1. Makan dengan Serius
Pasangan yang makan dengan serius bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu hilang daripada pandangan matanya. Jangan sampai tercekik masa makan dah la.. Selamat berbahagia
2. Merungut semasa makan
Makanan tak sedaplah, tak kena dengan taste la, kurang garamlah, kurang itu dan kurang ini. Apa saja yang dirasakan tak puas hati pasti akan diluahkan walaupun ia sangat merimaskan. Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Pasangan kamu ini juga menunjukkan bahawa dia cepat cemburu.
3. Berborak sambil makan
Pasangan kamu syok sangat berbual sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak berkurang. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Selain itu, dia juga seorang yang berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya.
4. Tenang je masa makan
Suapannya sangat hati-hati taapi sikapnya itu buat kamu cepat bosan. Dia seolah-olah lebih berminat dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin pasangan itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya.
5. Makan dengan kerap
Tiap kali waktu makan je, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak dikejar. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis / jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Tengok saja tiap kali berjanji, pasti dia sampai tepat pada masanya. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.
6. Membelek makanan ketika makan
Pasangan anda lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu. Cara dia makan cukup teliti. Jangan risau, itu menunjukkan yang dia amat prihatin dalam apa jua yang dilakukan. Selain itu, dia memang sangat serius dengan kamu. Jadi jangan diragu kesetiaannya. - sumber
3 ulasan:
boleh dgunakan bila dah ada pasangan...:)
huhu. nice info :D
salam ziarah :)
jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D
http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html
Catat Ulasan