Memaparkan catatan dengan label Artis melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis melayu. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mei 2011

Group K-POP Malaysia atau Group K-PORN Malaysia ?

Assalamualaikum and very gud morning.............. (sambil melayan bunyi cengkerik tepat jam 4pagi)

Apa khabar semua Muslimin dan Muslimat semua? Hope semua ok la kan.. Kepada semua yang sudi hadir dalam blog cacing ni, ribuan terima kasih cacing ucapkan. Dan cacing minta maaf sebab dua tiga minggu ni cacing terpaksa menukar status dari pengoen kepada silent reader dan menyemak di shoutmix korang... AMPUN YA PAK!

Ok, apa yang cacing nak bawakan pada hari ni ye.... Ha opkos la yang cacing buh sebagai tajuk tu, KUMPULAN GULA-GULA dari Kedai Mamak Setiawan... heeeee..... Gurau je.. Gula-Gula ni adalah satu kumpulan ala-ala Kpop la.. Bak kata omputih WonderGurl wannabie... Apa kejadah la manusia-manusia zaman sekarang ni. tak pernah lak cacing jumpa gadis-gadis atau pemuda-pemuda yang mahu menjadi seperti khalifah-khalifah terdahulu atau wanita-wanita agung terdahulu. Ni nak jadi macam artis korea yang yang belum tentu basuh berak dan kencing mereka tu.

Benda ni terjadi semua bak trend masa kini, iaitu KOREA POP atau K-POP...   Ramai gak kawan-kawan cacing, bukan saja perempuan tetapi lelaki yang muka ala-ala pengganas tetapi berhati lembut seperti tisu. Dorang ni pun sanggup berjam-jam duk depan komputer melayan cite-cite korea... Alamak.... apa dah jadi.. Benarlah kata omputih "Don't judge a book by its cover" yang bermaksud, jangan ingat orang muka perompak dan pembunuh tak layan novel.

Berbalik kepada Kumpulan Gula-Gula ni la kan. nak tiru Wonder ape sekali pun, tetapi pakaian tu tolong lah ikut adat ketimuran kalo dah tak mau ikut adab-adab yang digariskan oleh Islam. Ni tak, semalam cacing tengok gambar dorang, terus hilang seliter darah. mengalir tanpa henti tu kat hidung ni... haish... Cubaan bulan Mengambang tol.

Kawan-kawan ku sekalian, tak salah anda memilih untuk mengilai atau mengoyan artis-artis k-pop ni, tetapi kena lah berpada. Jangan keterlaluan. Kalo korang tengok la gambar Gula-Gula yang bakal cacing tunjukkan lepas ni, mesti korang cakap "CUTE GILEEEWWWWWWW" . Memang la cute gileww.. tapi cute macam nangka yang kena balut separuh.

Cacing ada gak cari lagu-lagu si Gula-Gula ni kat youtube, tapi takde lak.. Sedikit hampa, bukan sebab cacing mengilai mereka, tapi cacing nak tengok adakah kumpulan ini hanya memperjudikan wajah mereka, atau suara mereka. Kalo takat muka macam pelakon porn kat jepun, tapi suara ala-ala mamak kat Ayub, baik tak payah. Elok duk kat umah, buat anak banyak-banyak..

Cacing ni bukan lah dengki, apatah lagi busuk hati dengan kejayaan mereka ni masuk ke metro sambil terbaring-baring menunggu pelanggan, cacing cuma tertanya-tanya, perlukah mereka berpakaian begitu walaupun mahu menjadi artis eskim pop.. Bagi pendapat cacing, tak perlu berpakaian menayang kaki yang tak berapa nak slim tu. simpan leklok. kalo betul la nak pamerkan suara, sila pamerkan suara aje, yang lain simpan.

Tanpa membuang masa, cacing nak kongsi lah gambar-gambar K-POP wanabie ni ngan korang. bagi lelaki sila sediakan timba untuk menadah darah yang bakal kuar dari hidung itu.... semua gambar ni cacing amik dari official FaceBook dorang yang bernama Gula-Gula.. Sesapa yang agak "berminat" pada mereka ni, pegi la tengok.. taip je Gula-Gula.

Ha amacam.. dah start kuar darah tak?



Nama dia ACHIE (bukan aci2 buka pintu)

ni lak CHACHA... (pink tu... hahahha)

yang tak pakai B** ni lak nama dia ERWINA

ni nama dia JOY

ha yang ala-ala kak limah ni MEIMEI

Ha yang ni lak RARA






Ini lah dia Kumpulan Gula-Gula



Jumaat, 24 Disember 2010

Macam ni kah artis kite????

As-salam kepada semua umat islam diluar sana.. dan salama sejahtera pada yang bukan beragama islam.... (ehemm..... mcm al-kuliyah tak....) Cacing ni sebenarnya baru je balik dari berblogwalking.... banyak gak la cacing singgah... dekat 50rumah... baca satu per satu entry dorang... semua menarik-menarik sampai lah cacing singgah kat blog kawan cacing ni... nama blog dia AYIE'S LIFE.

Cacing pun baca la entry-entry dia... Cacing ni sebenarnya tak la minat sangat membaca,, tapi sejak berblog ni, cacing main baca je ape yang korang-korang tulis.... walau pun ada tajuk yang tak serupa ngan isi dia, tapi takpe, itu korang punya hak... Hak cacing..... MEMBACA.... 

Ok Sebenarnya cacing bukan nak merapu ape.. Cacing nak kongsi la tentang entry yang ayie tu post kan.... ENCIK AYIE... CACING PINJAM EH ENTRY TU TUK KONGSI NGAN KAWAN-KAWAN.... kena bagitau awal-awal... Nanti tak pasal-pasal kena serang macam blog Sembang Kosong tu.... 

Cacing tak mau cakap banyak dah sebab korang mesti tak baca punya kan... So korang nilai lah sendiri ape punya moral artis melayu kite ni.... 



P/s- korang pikir lah sendiri ape rasionalnya dorang wat macam tu.... Majulah Hiburan untuk negara!

SUMBER = AYIE'S LIFE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...