Memaparkan catatan dengan label Islam itu indah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam itu indah. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2011

10 Amalan TERBALIK Yang Biasa Kita Lakukan

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

sumber sini

Ahad, 13 Mac 2011

Niat nak berjubah@bertudung dah betul, tapi cara tu salah..

As-salam.. Ape habaq semua blogger-blogger kat luar sana? Harap semua sihat-sihat belaka.. Pada petang ni, cacing nak kongsi ngan anda semua tentang satu isu yang sangat jelas dan nyata yang berlaku dekat kita semua.. Korang mesti taukan yang fesyen dalam pemakaian islam ni dah banyak berubah.. dari atas kepala sampailah ke hujung jari. Cacing ni tidaklah kuat dari segi ilmu agamanya, mahupun ilmu fiqh atau yang bersekutu dengannya, tapi kalo sikit-sikit tu cacing tau la. dan Entry kali ni jangan disalah ertikan, mahupun disalah tafsirkan ( sama la tu cacing...) tapi entry kali ni cacing just nak kongsi pandangan cacing je. cacing ni lelaki, dan cacing tau ape yang lelaki pandang pada perempuan.

Ha nampak tak bahagian terdedah =)
Ok, let's start.. Hope semua yang baca ni mampu menahan telinga ataupun rohani mahupun jasmani sebab cacing ni cakap main lepas je tau. Berbalik pada tajuk diatas. Korang tau kan yang sekarang ramai dah minat tuk berjubah... dan juga bertudung... Alahamdulillah.. Cacing syukur sangat-sangat. Wanita tu kan perhiasan dunia. Maka tak salah lah bagi mereka tuk berhias. Tapi dalam berhias tu perlu lah ada batas nya. Bercakap pasal jubah, hari tu cacing ada lah pegi kedai makan, si waiter ni perempuan, niat dia tuk pakai baju labuh sampai ke bawah peha tu dah betul, tapi yang cacing peliknya, dia pakai ikut susuk tubuh.. Nampak lengkok piuk dia berjalan... Ha kan dah buleh mendatang kan syahwat kan... Patut dia pakai la yang longgar sikit.. kan lebih cantek..

Ada lak yang berniaga jual jubah... tapi yang cacing tak pahamnya, awat pakai jubah ikut bentuk badan? kan tak buleh kan.. Betul tak? Yang lagi bagusnya, tuh dia tersembul nasi lemak tak berapa nak kupang tu.. haiya.. datang lagi syahwat.. abih pahala cacing tgk.. heee.... "yang hang duk tgk watpe cacing kalo dah tau macam tu, kata cik non" Lantas cacing menjawab, "orang dah bagi free, tgk jela.. hahahha" 


Kan Nampak susuk tubuh tu..
Kalo yang bab pakai shawl tu lak.. Cacing respek bagi muslimah yang mahu tuk berfesyen, tapi nape nak kena tayang juga bahagian dada tu.. kalo montok takpe.. ni 5kupang... heeee... Maaf ye semua kaum muslimah... terlepas kata lak... Memang betul la tu korang nak berfesyen, nak memartabatkan lagi tuk orang bertudung agar tak dipandang lekeh, tapi takkan la semua tu nak d jadikan alasan tuk korang membuka aurat.. kan3? Lebih baik korang tak yah bertudung... ha lagi selesa.. heee.... 

Jadi, oleh yang demikian, bagi cacing tak salah tuk korang semua berfesyen, tapi perlu la ada batasnya.. Jangan jadi orang islam kerana keturunan, bahaya tu... Jadi ayah pin kang... So, pape pun kalo korang ada pendapat sendiri, korang gtau je cacing.. Nak maki pun buleh.. cacing open punya manusia.. Segala makian akan cacing amik sebagai pengajaran... Terima Kasih =)





P/S - gambar ini hanya lah untuk hiasa semata-mata, tiada kaitan dengan yang telah mati atau pun hidup mati semula atau pun yang bersekutu denganya... Harap-harap takde orang saman cacing... Ni pendapat cacing je tau... cacing tau korang ada pendapat yang lebih bagus.. Untuk mengetahui hujah-hujan yang lebih lengkap korang buleh pergi ke sini..... Aurat Wanita Muslimah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...