Isnin, 20 September 2010

Baca la en3 ni (Mari insaf Sebentar)

En3 kali ni cacing amik dari Facebook... Banyak gak info2 yang berkenaan dengan Islamic ni.... Ni salah satunya... Harap teman2 cacing luangkan masa sekejap baca en3 ni ye...

Kubur Islam yang Haram

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam..

Ni lak penderma En3 kali ni.... Rizal Rosli Putra

11 ulasan:

XYZ berkata...

yuppp aku stuju n sngt btol cume org2 melayu ni liat nak tinggalkan adat

zuhanismohamed berkata...

ek..yeke saya baru tahu..tq share info ni :)

cacing berkata...

missXYZ>> ya betul cakap sedari tu... cacing sokong... kadang2 adat dan hukum dicampur adukkan...

zuhanis>> sama2... ape yang cacing tau, cacing akan kongsi =)

Jemanberagas berkata...

kadang2 dizaman ini..adat mengatasi hukum..Fikir la wahai umat islam....

cacing berkata...

gdoupt>> betul tu... kekadang sampai tak paham dengan orang yang kuat beradat ni...

Seindah.Bidadari berkata...

betul2...akhir zaman...

tiafazunia berkata...

takkan da mati pon nak bermegah bagai kan?
bukan Allah tengok sume tuh,
sigh~

iza berkata...

Salam...

Hanya org yg jahil ilmu agama akan buat macam tu....

Jom ambil award di sini
http://azilas.blogspot.com/2010/09/blogwalking-award-2010.html

sukemakan berkata...

nice info
xtaw pon pasal nie!

cacing berkata...

amik en3 ni bagitau kat yang lain2... penting ni... kekadang tengok kat kubur orang islam tu dah macam bandaraya dah... semua berbatu2...

Tanpa Nama berkata...

Actually like your websites details! Undoubtedly a beautiful offer of information that is extraordinarily helpful. Keep on to hold publishing and that i’m gonna proceed reading by the use of! Cheers.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...