Jumaat, 12 Ogos 2011

CARA MEMIKAT HATI SI DIA......


1) Senyum sentiasa.

Setiap kali jumpa dia mesti senyum. Kalau kucing kesayangan korang yang nama Bobo tu mati pun, korang kena senyum depan dia. Kalau muka korang bukan macam Rani Mukerji sekali pun, korang mesti senyum. Kalau susah sangat sangat nak senyum, ce sebut 'Cheese' sepanjang jalan. Kompem nampak macam tersenyum.




2) Mementingkan kebahagiaan si dia lebih dari diri sendiri

Maksudnya. Sanggup berkorban segala harta benda, teruna, dara, demi dia.
Contoh:
Awek korang nak topup RM50. Walaupun korang cuma ada RM50 hinggit je nak teruskan hidup. Korang tetap sanggup korbankan demi dia. Prinsip hidup korang terus bertukar menjadi begini. "Biarlah aku mati kebulur, asalkan awek aku bahagia tersenyum riang." Ish ish ish.


3) Sentiasa buat si dia ketawa 24 jam dengan lawak korang

Hidup jangan serius sangat. Awek tak suka. Awek takot bhai. Sesekali buatlah lawak dengan dia. Pakai macam badut ke takpun hafal lawak dalam majalah ujang. Lepas tu cerita kat dia. Pastikan lawak. Jangan korang ketawa sorang sorang macam orang gila sudah. Sendiri buat lawak, sendiri ketawa. Pfft.


4) Masak makanan kegemaran si dia.

    Walaupun cuma telur goreng. Itu tetap makanan.


5) Meluahkan isi hati melalui lirik lagu atau puisi yang menyentuh perasaan.
Contohnya:
"Ouh bidadari, kau ibarat pungguk. Aku ibarat bulan. Kau ibarat sudu, aku ibarat garpu. Kau ibarat stokin, aku ibarat kasut. Kita saling melengkapi. Aku cinta kau! "


6) Berubah dan kikis semua sifat yang si dia tak suka.

Janganlah cakap.

"Argh, aku takkan berubah demi kau." Tak boleh macam tu. Kalau awek korang tak suka korang hisap rokok daun, ce jangan hisap. Hisap rokok lain pulak yang dia suka. Salem ke. Malboro ke. Dunhill ke. Hisap banyak banyak. Biar mati cepat. Kahkah


7) Jangan jadik drama queen
Mengada mengada tak bertempat. Asal tak dapat teddy bear je hentak hentak kaki dekat shopping complex. Malu lah wei. Dah besar dah. Buat ape peluk teddy bear. Tak cool langsung. Lelagi teddy bear yang sama besar dengan badan. Tak takut ke? Mana tahu berubah jadi manusia. -.-'




8) Tidak memaksa

Contohnya:

Si dia tu tak suka korang. Korang tak boleh terima hakikat. Korang paksa paksa si dia suruh mencintai korang jugak. Ugut ugut bagai.

"Kalau you tak cinta i, I bunuh diri terjun dari KB mall."


9) Pandai berdikari dan pandai menyelesaikan masalah sendiri

Ni sikit sikit nak harapkan boyfriend. Nak ikatkan tali kasut pun suruh boyfriend. Nak pergi toilet pun suruh awek teman. Kalau boleh tunggu depan pintu toilet. Kalau boleh lagi, duduk dalam toilet sama sama. Tolong cebokkan sekali. Manja.


10) Jadi diri sendiri

Jangan nak tiru tiru suara Siti Nurhalija kalau suara korang tu dah memang macam Awie. Sebenarnya lelaki lebih suka perempuan yang jadi diri dia sendiri. Bukan yang palsu. Bukan yang macam anak patung. Bukan yang suka berpura pura.

Contoh:

Hari ni korang try tiru style Yuna. Esok try tiru style Hana Tajima pulak. Belit belit bagai tudung tu, Letak riben kaler pink. Alolo comeynye. Sampai nak bernafas pun susah. Cantik katanya. Cantik sangatlah tuh. Kehkeh.

Jangan. Pakai je tudung biasa. Lagi cantik sebenarnya.






SUMBER
     

2 ulasan:

iz berkata...

haha....
baca sambil angguk2 kepala..
boleh camnie?hehe

btw,new hupdate,hehe>>>

http://cintailmu89.blogspot.com/2011/08/spontaneous-friday.html

Atsuko Ichirou berkata...

hehe...setuju yang sume tu...
tapi point no.2 tu cam tak kene...
awek nk topup rm50 bagi je...pdhal diri sndri naik kebulur...huhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...