Selasa, 21 Disember 2010

Cerita Mangsa Nasi Kangkang... not good....

As-salam peeps... sory sangat-sangat sebab dah lama tak on9 berjalan-jalan melawat teman-teman kat blog ni... dari ari Jumaat pai ari selasa(arini la tu) cacing dapat jemputan ke kenduri kawin dan juga disamping pergi berpacaran ngan orang tersayang.. .heee..... sape-sape terasa disayangi tak...

ha nak sebut pasal sayang menyayang ni, cacing nak bawak lah satu cite tentang satu rumah tangga ni... isteri dia ni punya la sayang kat suami dia pai sanggup buat keje-keje khurafat ni... ape lagi kalo tak lain tak bukan.... NASI KANGKANG.....

Nasi Kangkang ni adalah perkara khurafat yang orang melayu buat... terutamanya kaum hawa lah... tapi cacing bukan nak salahkan kaum hawa seratus peratus tau... JANGAN SALAH SANGKA... heee..... Kaum hawa takkan buat macam tu kalo kaum Adam ni tak menggatal.. tol tak kaum2 hawa??? heee.... Cacing tak tau lak macam mana nak wat nasi kangkang ni lak kan.... yang cacing tau makan sambil terkangkang... hahahhahaha(buruk tol perangai aku ni)....

ok lah.... jom kite baca kisah benar yang datang dari johor ni mengenai kisah nasi kangkang dan akibatnya....



Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh
 tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor.  Kerana
 itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu
 seronok.

 'Eh, makin kurus nampak. Diet ke?' kata saya setelah mempersilakannya
 duduk.

 'Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
 Kurikulumlah , kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi
 tinggal tulang,' balas Arifin.  'Tengok ni ustaz, baju pun dah
 menggelebeh.  Seluar pun longgar,' Tambah Arifin
 sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan
 besarnya baju yang di pakai.

 Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya
 Arifin tentang hajatnya datang menemui saya.  Yalah, tiba-tiba saja
 muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

 'Orang rumah saya sakitlah, ustaz', kata Arifin.  'Patutlah aku tengok
 engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak.  Sakit apa?'
 saya bertanya.  Agak lambat Arifin menjawab.  Dia menarik
 nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi.  Setelah
 itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

 'Entahlah.' katanya perlahan.  'Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia
 melepuh-lepuh.  Di kaki, paha, perut, di belakang penuh dengan lepuh macam
 orang terkena air panas,' kata Arifin.  Tambah kawan lama saya itu, dia
 telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat
 yang di beri oleh doktor tidak dapat
 melegakan penyakitnya.

 'Sakit apa, doktor pun tak tau,'tambahnya.

 'Dah pergi berubat kampung?'saya bertanya.

 'Dah, tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh
 kawasan orang bunian, sampuk, macam-macam lagi.  Duit banyak habis, masa
 terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,'jelas Arifin.  Malah,
 kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga
 tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab.  Wajahnya yang cantik juga
 berubah murung, kusut.  'Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan
 kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula
 jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,' tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat
 sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik.  Dari tangan,
 bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga
 ke muka.

 Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana
 hampir tidak mengenalinya lagi.  Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja.
 Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

 Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek.  Ramai yang
 menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah
 mengaibkannya secara berhadapan.

 Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi
 sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak.  Rambut yang lembut mengurai
 menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya
 itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita
 berumur 90an.  Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari
 semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan
 kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti
 di penuhi darah beku.

 'Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni.
 Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,'
 kata Arifin. Wajahnya sayu ...

 'Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu'.  Di
 sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa
 isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di
 habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di
 negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

 'Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia
 meraung, meracau dan menangis-nangis.  Jadi, saya harap ustaz dapatlah
 tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara
 moden,'tambah Arifin.

 'InsyaAllah. ' Balas saya.

 Tapi saya mula terasa pelik.  Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana
 berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang
 meracau dapat membantu kita merawatnya.  Ini kerana semasa meracau itulah
 dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
 'Apa yang dia cakap masa meracau tu?'

 'Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya.
 Saya tanya kenapa? .. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah , orang
 dah sakit memang macam tu,'kata Arifin.

 Saya cuma mendiamkan diri.  Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak.
 Setelah berbincang lama, dia meminta diri.  Sebelum pulang, saya berjanji
 untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

 'Datang ya, ustaz . Saya tunggu,'katanya sambil mengangkat punggung.





 Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya.  Seperti yang
 dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
 'Jemput masuk ustaz,'Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah
 bilik.

 'Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia.
 Orang rumah saya ni sensitif sikit,' bisiknya sebelum kami masuk ke bilik
 berkenaan.

 Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada
 terbaring mengiring mengadap ke dinding.

 'Za..Ni Ustaz Nahrawi datang,' kata Arifin perlahan sambil memegang bahu
 isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza
 sangat menyedihkan.  Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu.
 Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah
 batu yang membayang dipermukaan tanah.  Badannya pula kurus
 cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita.

 Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima
 minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. Dengan
 suara separuh berbisik, saya bertanya; 'Pin, saya nak tanya sikit, tapi
 sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung' .

 'Tak adalah,ustaz.  Tanyalah, saya tak kisah,' jawab Arifin.

 'Err,. dari mana datangnya bau yang.' soal saya, tapi tak sanggup nak
 menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

 'Ooo. mmm, dari alat sulit dia,'kata Arifin perlahan. 'Keluar lendir
 bercampur nanah'...

 Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin
 dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang
 seperti itu.

 Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin,
 kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh
 Allah kerana
 ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya
 bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

 'Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.'

 'Kalau macam tu, baguslah,'kata saya.

 Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya
 meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga
 mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.



'Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,' kata saya sebelum
 meninggalkan rumah Arifin.  Sudah
 ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah.

 Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu
 kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

 Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin
 tenat.  Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak
 dikenalinya lagi.  Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya
 melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan
 isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi
 namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi.

 Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

 'Ustaz,'katanya, 'Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu'

 'Kenapa?'pantas saya bertanya....

 'Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan
 segala-galanya'.  Arifin menyambung ceritanya;  Malam itu saya terkejut
 sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana
 telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan
 darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.  Saya tanya 'Kenapa?'
 Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

 'Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah
 berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas
 saya ditundukkan dengan ilmu hitam.'

 Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak
 kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri,
 dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

 'Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza,
 hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina.
 Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

 Dia minta saya maafkan.'Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri,
 racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya
 jadi hilang pertimbangan.  Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil,
 takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.' Kata Arifin
 tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya.

 Termenung saya mendengar ceritanya itu.  Tidak
 saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang
 sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi
 bahasa pun elok.




 'Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,'kata saya.
 Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya
 pergi.   Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan
 jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.'

 Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala
 pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat
 disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab
 menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan
 saja dia pergi. 'Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.'

 'Ampunkan dia?' Arifin bertanya balik.  'Dia dah derhaka dengan saya, buat
 tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau
 saya maafkan dia?'tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.  Mungkin
 dia terkejut.

 'Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,' jelas saya. Saya
 terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan,
 yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah
 lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf
 dan meninggal dengan mudah.  'Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak
 nak pukul dia? Maki dia? Tak ada
 gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,' jelas
 saya.

 Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan
 supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun
 qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.  'Buat malam ni juga. Lepas
 itu tunaikan solat,' kata saya.

 Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan
 isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa
 sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila
 kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.  'Tapi Alhamd ulil lah,
 sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana
 menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia
 pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup
 juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan
 daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

 'Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir
 daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya
 dikebumikan.

 p/s:  Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki,
 hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa
 semata-mata*  
betul ke x cite ni tuhan je yg tau..

8 ulasan:

nmirmo berkata...

errr....takutttt!!!!....harap2 jauh la bende2 ni semua...tak mahu2....aiyokkk...nape la pegi letak cite ni....nape pulak la saye gatal pegi bace..awakla yang swoh saye dtg bace nii...adoiii.....waaa.....nak balik blog sendiri la...sob3....

p/s : wahai kaum hawa...ingat2 la ye....ape pon yang kite wat..Allah tetap tahu....;)

Miera Hassan berkata...

takut...ish jgn la main ilmu hitam..besar dosanya..tak nak..huhu

Syamimi Hazirah berkata...

subhanallah. Allah itu Maha Besar.

NNMN berkata...

astaghfirullah . ada gak org yg sggop wt cmtu kan . semoge sy terlindung dr perbuatan kurafat ini . amin .

Syafiq Rosli berkata...

wohoho..bhya2

CahayaCintaIlahi berkata...

cacing .. takUtnye bacee .. cite ni.. tapi cite ni penah dibuat drama kan tak silap fasha yang berlakOn tu la ish azabb..amek iktibar.. tanx ekh for sharing.. ;))

Tanpa Nama berkata...

adoi ade yg smpai mati bini pon korek kubur bini.......

tu la cacing ...slalu gak lepak sini tp ade malware site ni...tp skung dh ok sbb tu leh komen

.ima. berkata...

a'ah la mcm citer fasha sandha uh ngn adi putra lau tak silap.mintak simpang la mnde2 cmnie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...