Enam Pesanan oleh Ulama' Muktabar
1. Jaga solat pada awal waktu
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zamanNabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia dan akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat
Kalau takmampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah "Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunankepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah
Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid atau Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.
Apabila wanita keturunan Islam dapat menjaga perkara-perkara yang diatas, pada zaman penuh dengan tipudaya ini,
pasti menjadi idaman Lelaki Mukmin.
SUMBER : MTD KOTA LAMA NOTES
10 ulasan:
thank you cacing :) sangta hargai :)
good info bro!! nak share!!
thanks for sharing :)
tq atas peringatan tu
terima kaseh atas perkongsian.. :)
PESANAN UTK KAUM ADAM XDE KE? NK SHARE NGN BF AKU.
peringatan yg berharga :) ty
time kasih sbb rajin buat entri seperti ini :)
as salam..
syukran..
akan disebarkan ke serata dunia blogger ;)
syukran..
salam!nak shareeeee~!!
Catat Ulasan