Jumaat, 1 April 2011

Menjelma lah kau wahai Kak Limah!!!

Assalamualaikum.. and very good morning.... emmm... kalo tengah pagi orang cakap ape eh dalam omputih??  middle morning eh??............................ ha kira takde sape betulkan tu, kira betui la cacing kecek omputih tu... Orite ape kita nak bincang pada blind morning(pepagi buta) ni... ermmmm.... tajuk kat atas tu takde kaitan sebenarnya ngan ape yang cacing nak kongsi.. Cacing pun tak tau nak cakap tentang ape... Pikir sat...... Ha dapat dah... Korang pernah tak jumpa perkataan macam ni :

CHOMEY NYEEWWW = comelnya

atau pun yang ini.....  
SANGAD =  sangat

ha yang ni pun sama..... 
MINX = minta

ni lak bahasa omputih disingkatkan
PRO5 = Profile

Mesti korang semua tension kan kalo ada terima mesej-mesej ataupun p kat blog orang tu yang tulis perkataan macam ni. Maaf bagi sesape yang terasa. cacing ada juga pakai bahasa-bahasa tah ape namanya ni.. yang menggantikan hurup A kepada E.. Ataupun yang lain-lain. Tapi jangan lah sampai merosakkan bahasa kita yang memang lawa ni. Kalo ye pun nak buat menarik, jangan la pai macam tu sekali. Kan dah elok perkataan dalam bahasa melayu. 

Budak-budak zaman moden ni ( muntah sat... uwekkkk...) dah terlampau canggih. Sampai bahasa pun nak dimodifiednya.... Cacing ada pernah bermesej ngan budak-budak sekolah la.. Umur lingkungan dalam 13-16 tahun. Dia punya mesej la.. Hanya dia je yang tahu. kalo bagi Dewan Bahasa dan Pustaka tu translate, kompem sorang-sorang pekerja dia kena heart attack tau. Gila babuntut punya ayat lah.. Sampai kan cacing pun terpaksa bagi member translate kan. Berpeluh-peluh cacing baca. Tapi takpelah, budak-budak zaman sekarang kan. Semua dah canggih. 

So kawan-kawan semua, CINTAILAH BAHASA IBUNDA KITA!!! Macam mana pula dengan pengalaman anda semua berkaitan dengan perkataan-perkataan canggih ni? cecite... cecite... (pengaruh kak limah)

p/s - Entry ini tiada kaitan dengan mana-mana blogger.. HARAP MAKLUM.

9 ulasan:

- zuriey - berkata...

minx??pelik bebenar ejaannya

saya YANA berkata...

haha... betol la.. budak sekarang tau merosakan jiwa bangsa je.. cewah.. penah la jugak dapat msg cam ni.. kekadang tu bace banyak kali nak kenekan ngan ayat yang lain.. hhmm.. tapi... kalau Yana de buat dalam penulisan kat blog.. huhuh... im'sorry..(gaya Amir.)

Cik Nathrah berkata...

tahnye. menyampah gila kot dgn bahasa budak2 zaman skng. rase nk sekeh sekor2. hahahaha

d_LA berkata...

huhu..selalu gak jumpe smpai pening nak baca..hehe..

diNa de SoLa berkata...

haha..setuju2..
knapa kna ad 'w' kt blkg stiap perkataan..?
hahhahaha..loya tekak kot baca..
xpew lewww..
harharhar. :D

NURUL HIDAYAH berkata...

jenguk cni gak..xde chatbox ea?hehehe

munna berkata...

kdg2 mmg kak munna tak paham langsung baca ... kak munna tak masuk dah dlm blog tu...pening nak baca

Miss Eiza berkata...

tu tak masuk yg tahap kritikal lg satu, LMAO,LOL semua tu...kadang2 huruf K semuanya ditukar jadi X .. pening juga nk fhmnya...

Cikya berkata...

hahaha, kita sejiwa lar cacing..
naik juling mata kalau dapat mesej yang macam tu..
terus spoil mood nak baca..

erkk, ayat p/s tu best macam kentaki owh~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...