Ahad, 20 Mac 2011

Permpuan,Rokok dan dot dot dot.....

As-salam semua blogger.. What's up? Sihat ke tak? Kalo tak sihat pegi klinik.. Nanti kalo melarat sakit tu dah susah. Lama dah tak post entry sendiri, bukan ape takut korang semua lak bosan baca. Tapi bila cacing tengok balik entry yang cacing tulis tentang Fesyen Perempuan yang lalu, agak memberansangkan la gak.. Tak tau la sebab isu yang cacing ketengahkan tu atau penulisan cacing yang huru-hara tu... Pada sesape yang terasa tu cacing minta ribuan kemaafan.. Takde niat nak tuju pada sesapa... 

sumber : Google
Kali ni cacing nak bawa satu lagi isu yang lapok... Bukan Cite Pok Pok Bujang Lapok tu, tapi cerita pasal kaum hawa yang suka merokok ni. Dalam alam yang serba canggih ni perempuan moden ni sekarang mampu untuk berdiri sama tinggi engan lelaki... tapi bagi yang tinggi la, bagi yang rendah terpaksa guna kerusi atau high heels 9inch punya... hahahaha... gelak la... lawak ni... ok tak lawak.. sambung balik.. Korang semua kata je ape yang kaum hawa ni tak leh wat, memasak, emmm jangan cite la, memang takleh tandingi lelaki... hahahahha..... korang bagitau cacing ape yang lelaki buat tapi perempuan takleh buat... Laki main bola, perempuan nak main gak.. Laki main drift, perempuan tak mau kalah... Adibah Noor pun wat drift sendiri tau(merujuk iklan Librese). Bak kata Pak mat, "macam-macam boleh"



Tapi tbiat buruk kaum adam, kaum hawa takyah la ikut.. Sebagai contoh merokok.. Tak manis kak non kau merokok. tadi masa cacing makan tengahari kat kedai ni, ada la sorang minah cubby ni... auuwwww... cubby nya.. geram i.. hehehehe... Dah la muka........... (tak mau diskriminasi) boleh lak dia layan merokok... Cacing tau la sekarang zaman moden, tapi adakah dengan menghisao rokok di khalayak ramai itu menunjukkan awak tu MODEN sangat??? Tak kan... Lagi bagi kau nampak macam orang dulu kala ada la.. Dulu nenek moyang kita isap rokok kan? betul tak? So, kakak yang comel, awak jangan la merokok dean khalayak ramai. Itu kalo budak nampak kan dah boleh dijadikan contoh. Budak-budak sekolah yang baru nak up ni senang nak terpengaruh.  Awak tu kalo nak merokok pun, layan la Dunhill ke, Malboro ke... Ni layan Nusantara.. 
Alamak.. Dah la h****, layan rokok murah..

Ha kalo nak tiru, try macam ni

Antara alasan yang sering diberikan untuk perempuan merokok adalah :

1- Untuk KURUSKAN badan.

Opah kau kurus badan.. Sape cakap dengan merokok boleh menguruskan badan? Kalo macam tu Tak terciptalah Londan Weight Management.. tau kat London Weight Management tu dia bagi orang balon rokok banyak-banyak untuk kurus? Wahai cik non, mungkin la boleh kurus, tapi kalo peparu dah banyak tar yang mampu digunakan tuk buat jalan dari Skudai sampai ke muar watpe?

2- Untuk menghilangkan rasa STRESS.

Hai, ni ustazah mana yang ajar cik non ni yang merokok leh hilangkan stress? cacing tengok orang yang merokok ni ada je stress dia? Mama cacing kalo stress pas dia solat terus ok je.. Takde pun nak merokok. Cik non, awak solat la.. Berserah diri pada Yang Esa. Dia yang mencipta kita, patut pada Dia la kita mengadu kalo stress.. Bukan pada Rokok Nusantara awak tu...

3- IKUT JEJAK LANGKAH Boyfriend atau kaum adam yang lain.

Haish, alasan ni paling cacing pantang.. Balik-balik nak salahkan lelaki. Cacing tau la lelaki ni banyak buat dosa. Banyak buat jahat. Tapi yang ko nak ikut apehal? Ikut yang baik-baik sudah la. Agak-agak kalo la lelaki ni suka mandi tahi kat loji kumbahan tu, ko cik non ikut gak la eh? Tak nak kan.. So yang buruk jangan la ikut. Bagi yang si BALAK tu, kalo gegadis nak merokok tu larang lah.. Cacing tau kalo yang bagi tu , bukan dia nak buat bini pun. Saja nak enjoy-enjoy. AWAS tu bagi kaum hawa. Kalo Pakwe anda benarkan anda merokok, PERCAYALAH, cacing berani cakap 1000% yang lelaki ni takkan jadikan anda teman hidupnya sehingga ke syurga kelak. Percayalah.

Jadi, cik non dan wanita-wanita perhiasan dunia, makhluk yang Allah ciptakan cantik, suci, berbudi bahasa, lemah lembut, JAUHI lah tabiat merokok tu.. tak comey pun.. Macam babun ada lah.. Lagi comel kalo korang tak hisap rokok. Percayalah.

Ha kan comel kalo macam ni.. eee...
Jangan pandang cacing macam tu, segan cacing =)

11 ulasan:

saya YANA berkata...

betol2..
Yana tak suka sesapa yg hisap rokok ni.. tapi ramai sedara mara yg hisap.. ops.. lelaki la..tadi balik bandar Yana pon de terserempak seorang wanita mungkin da petengahan umo.. hisap rokok.. hmm.. macam pe jek..

afuan shah berkata...

sengal la cacing...btw...memang x molek pempuan yg merokok..nmpka mcm pempuan x baek..bak kata ayah " pempua merokok ni nmpak 'pempuan x elok"..leboh kurang la.paham kan??

Alin berkata...

zmn2 sekolah menengah agk susah nak jumpa bdk2 perempuan nie isap rokok tapi bila mula masuk ipt berlambak2 perempuan merokok. ish2 tak suka betullah. tapi papepon suka artikel nie :D

RastaMat berkata...

cuba tanye mereka yang merokok (pompuan), kenapa mereka hisap rokok??

banyak lagi jawapan mereka..

penyisir rambut berkata...

seb bek tak penah jumpe kwn pompuan yg mrokok lg.....

zuhanismohamed berkata...

saya tak merokok...saya ok ! :D

akubersamaCahya berkata...

tak kesah perempuan ke laki ke.. dua2 takleh merokok. =)

klu perempuan tiru laki isap rokok, haa.. laki jangan la hisap.. hehehe

Qaseh dalia adelia berkata...

xbaik merokok

sicomot-comel berkata...

merokok??

uhuk3..buat semak paru-paru jek sedut asap beracun tuh

p/s: Hai cacing !!! lame tak jumpe2 ^^

toyolkiut berkata...

biru mata itam ku..
hehe..
entry yg mnarik, dan buat TK tertarik..

tu la, geram tau tngok orang mrokok ni.. x kira la apa2 jantina pun..
TK haramkn trus staff TK mrokok dlm pejabat. tp ada jg yg sorok2 buat.. sakit kpala tau ngn asap2 ni..

Misz Yuyu berkata...

aiyoo mcm mn tu telinga isap rkok gak ke? hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...