Ahad, 3 April 2011

Kerna Dia memilih dirimu untukku....

Assalamualaikum.... Very Good Morning to all blogger n all mankind. Apa khabar semua kawan-kawan cacing kat luar sana. Hope semua sihat-sihat belaka la ye. Ha korang mesti terkejutkan tengok tajuk yang cacing buat tu.. Hehehe... Jiwang tak?

Kak Non : Eleh.. tak la gempak sangat macam kak non punya tajuk. "Berasrama bersama Remy Ishak".
Cacing : Hak tuih! Hang ingat Remy ishak yang hensem macam aku ni nak tengok hang. dah jangan menyampuk aku nak bercerita ni... suh3! sibuk ja...

cacing pasti hampir 70 peratus blogger ni punya teman rapat kan? Dalam erti kata orang melayu kekasih hati tak halal... heeee.... Mana ada manusia yang tidak punya perasaan cinta dia sesama manusia. Kalo cik Losbo atau pun Mat gay tu pun ada rasa cinta pada pasangan dia. Kalo tak, tak ada la perkataan Lesbian ataupun Gay kat dunia ni. Meh cacing nak cerita sikit pasal pasangan cacing ni....

Sebenarnya cacing dalam alam percintaan ni dah lama, kalo tak salah dah 3kali gagal tuk mempertahankan hubungan percintaan. Tapi takpelah bukan kahwin lagi kan.. tapi ini bukan bermakna cacing ni playboy atau pun kaki perempuan. Cuma jodoh tak kuat sehingga lah rasa cinta ni terlekat pada seseorang. Dan cacing tak sangka yang gadis itu adalah BESTFRIEND cacing sendiri. Dulu kalau ada masalah pape, pada dia lah cacing mengadu-domba. (heeee... kuat ngadu gak aku ni)

Bila Hubungan cacing terjalin?

Perhubungan kami ni telah selamat diistiharkan pada 19hb Januari 2009. Maknanya kami dah 2tahun, 2bulan dan 1hari bersama mengharungi pahit manis sebagai sepasang kekasih. Harap bila menjadi sepasang suami isteri jadi lebih lama la kan. takkan bercinta lebih lama dari berkahwin. 

Berapa umur pasangan cacing dan belajar lagi ke?

Umur si dia ni sama ngan umur cacing yang kini telah menjangkau 24tahun...Sekarang ni si dia telah bertukar statusnya daripada seorang pelajar kepada seorang gadis yang bekerjaya. Ini bermakna masa tuk kami bersama dah kurang. Sian cacing tau, cuma jam 8malam hingga 11malam je leh bersembang atau bergayut ngan dia. Tapi takpe, cacing menghormati dia tuk bekerja dan cacing sentiasa support dia tuk lebih berjaya. Cacing pun tak lama lagi dah jadi jurutera TNB ( promote awal-awal... riak siot.. hehehhe) so mungkin masa kami tuk berbicara panjang pun akan lebih berkurang, dan mungkin akan terjadinya pergaduhan yang lebih kerap.. Tapi kami akan usahakan supaya itu semua tidak berlaku.

Pernah gaduh tak?

Masakan lidah lagi tergigit, ini pula pasangan bercinta. Kalo nak cakap pasal gaduh tu mestilah ada. tapi kami bergaduh sekejap je. Rasa sepanjang dua tahun bersama ni paling lama pun dalam 4jam je kot. tak pernah la pulak pai berhari-hari, sebab kami dah buat Perjanjian Ipoh. Antara yang terkandung dalam Perjanjian Ipoh adalah:

  1. Kami tidak boleh bergaduh lebih dari sehari
  2. kami tidak boleh merajuk lebih dari sehari. Bukan takat sehari, 2jam pun tak boleh.
  3. Tiada rahsia diantara kami. 
  4. Jikalau ada rasa tidak puas hati antara pasangan, perlu diluahkan supaya tidak berlaku adegan-adegan makan hati atau seumpamanya
  5. Encik Cacing perlu berhenti merokok sebelum tamatnya proses pembelajaran di UTM
Ha itulah antara perjanjian yang telah kami metrai suatu ketika dahulu. Patut yang No.5 tu kena berhenti sebelum kahwin, tapi lepas adanya mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh cacing dan si dia, maka, syarat itu telah ditukar... waaaaaa..... buleh ke ni... heeee.... 

Apa yang ada pada dia tapi tidak pada gadis lain?

Semua gadis sama pada parasnya, tapi yang membuatkan mereka ini berbeza adalah pada sikapnya serta pada personalitinya. Cacing ni sebenarnya minat perempuan yang slumber. Mula cacing berkawan rapat dengan si dia ni, dia ni memang slumber orangnya. Slumber dalam erti kata make-up tak tebal2.. relax2 je. pastu tak la nak cover ayu sangat. Tu sebabnya cacing jatuh hati pada dia ni. Kalo korang nak tau, cacing berkawan dengan dia ni sejak tingkatan 4 lagi tau.. Sikit punya lama. Tapi baru dua tahun lepas nak jadikan dia bunga dihati cacing. Pelikkan.... 

Dia ni seorang yang penyabar. Yang comelnya, ape yang cacing tak suka dan ape yang cacing suh dia buat, semua dia akan catit kan dalam buku. So Sweet babe.... heeee... tapi kalo dia marah, fuh ganaz der.. Kalo bagi motor time dia marah, mau di pacaknya 30 tiang. Ganaz!! Sib baik tak bertukar jadi HULK, kalo tak berdarah hidung cacing tengok. heeee.... Si dia ni pun kadang-kadang kuat majuk. Perempuan kalo majuk sebenarnya dia nak kita kaum lelaki ni pujuk. Perempuan ni suka dibelai. Tapi bukan belai macam kucing tu. Maksudnya suka bermanja-manja. dah memang itu lumrah dia. Lagi satu, si dia ni hati sangat-sangat-sangat-sangat sensetif.. Kalah tisu tu. Cacing ni dah la kuat mengusik, kalo macam sekarang kan dia kurang masa bersama cacing, kang kalo cacing ungkit pasal masa kurang bersama cacing, mula la dia nangis.. heeee.... pastu macam biasa la, kerja-kerja pemujukan akan  berjalan. Tapi yang paling best, si dia ni memang sangat sporting dan sangat baik hati.. Dalam erti kata lain, memang untung la cacing dapat dia ni.. heeee

Cacing pernah jumpa parent dia?

Cacing dah banyak kali dah jumpa parent dia. Mama dia tu kalo tau cacing nak datang umah dia abis semua makanan dia nak datang. Fuh  memang gemuk la cacing kalo datang umah dia. Mama dia masak memang sedap. Hari tu cacing datang singgah je, sedar-sedar dah siap nasi ayam mama dia masak. Ape lagi, kena la makan, bakal mak mertua cacing masak. Kalo ayah dia ni epy go lucky. tapi first time cacing duduk berdua ngan ayah dia kat depan rumah tamu, mati segala kutu-kutu cacing nak menyembang ngan ayah dia. tapi otak cacing dah di install kan dengan RAM 1Gb punya. Pantas.. Terus cacing cari topik pasal bunga orkid sebab ayah dia memang suka orkid..

Do you love her??

Pergh ko ni soalan.. Buleh tahan nak memalukan aku kat khalayak ramai ni... Tapi apa nak malukan sebenarnya, dah memang cacing SANGAT-SANGAT MENYAYANGI si dia. Yes.. I LOVE HER SOOOO MUCH... AND I MISS HER BADLY.... 

Bila korang nak kawin?

Kalau korang nak tahu cacing ngan dia dah rancang tuk berkahwin esok.... tetttttt!! Tak dapat la jack! Aku nak bagi dia makan ape nanti. Kadang-kadang kaum perempuan ni, soalan dia "bila nak kawin?" atau "jom kawin"... heeee.. Takpelah. dah lumrah dia... Setiap soalan yang berkaitan dengan alam rumah tangga cacing akan jawab " si dia, saya bukan tak mahu kawin dengan awak, kalo dalam bank saya ada 44juta atau lebih, malam ni gak saya datang umah awak meminang,tapi ape kata kita bina kerjaya dahulu, pastu bila ekonomi dah stabil, baru kita cakap pasal kahwin" ha itu lah jawapan tetap cacing dan Si dia dah mengetahuinya.. heee... Cacing bukan nak mengelak, tapi takkan sampai kahwin pun nak mak ayah support.. Sory cacing bukan macam tu..biar lah kawin lewat janji sepenuhnya guna duit cacing. 

Anything you want to said to her?

Ermmmmm... Aduyai ni yang lomah ni... heee.... Cik awak, semoga hubungan cinta kita tidak terhenti selepas jasad saya ditanam. Saya berharap cinta kita akan terus kekal sehingga ke SYURGA kelak. Saya sangat berharap saya akan bertemu awak lagi di syurga dan kita akan terus hidup bersama cinta kita didalam syurga. Dunia ini hanya sementara, jika saya berkata "Semoga cinta kita kekal ke akhir hayat" ini bermakna cinta saya pada awak hanya bersifat sementara. 

Cik awak, saya nak awak tahu yang setiap masa hanya dirimu yang saya fikirkan. Banyak perkara yang saya nak buat bersama awak setelah kita sah menjadi pasangan halal. Saya tidak mahu alam percintaan kita lebih indah dari alam perkahwinan kita nanti. Saya mahu alam perkahwinan kita suatu hari nanti akan menjadi lebih meriah bersama zuriat kita bersama.

Cik awak, cinta saya pada awak tak pernah berkurang, malah cinta ini akan terus mekar sampai bila-bila. Insyaallah. Semoga Allah menjadikan awak dari sebahagian dari tulang rusuk saya. Saya mahu awak menjadi tukang masak untuk saya, saya mahu awak menjadi ibu kepada anak-anak saya, saya mahu awak menjadi jam loceng kepada saya, dan yang paling penting saya mahu awak menjadi isteri solehah kepada saya suatu hari nanti. Awak jangan risau, saya sangat mahu hidup bersama awak. Sekian...

Ok lah, itu saja yang cacing boleh tulis malam ni. Entry ini terlalu panjang untuk anda semua baca. Oleh yang demikian, sesapa yang terasa mual atau pun mahu muntah, sila pergi ke klinik kerana ada mungkin telah mengandung ataupun tersalah makan.. Sekian dari cacing, Assalamualaikum....

kak non : Oit, cacing.. dengan slumber yaya je ko nak blah begitu sahaja. ko ingat kami ni tau ke ko bercinta ngan sapa. dari tadi si dia, si dia , si dia..... aku lempang pakai kaki ni kang....
Cacing: oppssss... sory... ha jom tengok sape yang cacing maksudkan.... (sibuk je kak non ni)

Inilah si empunya diri
Nama : Ainaa Fatehah Binti Abdul Razak
Tarikh Lahir : 5hb Sept 1987
Status : Kepunyaan Cacing


Tanda Keamanan pada jari tu memang tanda yang paling gemar dia buat time tangkap gambar

Ainaa ni selalu cakap " Macam minah arab tak?"
Apa pendapat korang? sama ke?? Tak pun.... hahahha

P/s - Ha pada sesiapa yang dah tengok gambar ni jangan gatal-gatal nak copy pastu nak try-try ye.. cacing sunatkan lagi sekali kang... This is mine! =)


21 ulasan:

Shafika Misbah berkata...

SANGAAAAAAT SWEEET !!!!

haha Semoga kekal bahagia lah ye encik adee oii.

sky berkata...

jwpn soklan second last 2 xleh blah..wpn lomah still msh leh jd tesis..sweet lah ^^

ridoma berkata...

semoga cepat berumah tangga dan berjaya bekerja di TNB..hehe

Unknown berkata...

"ape kata kita bina kerjaya dahulu, pastu bila ekonomi dah stabil, baru kita cakap pasal kahwin".. laki cam ni Yana suka.. tapi bukan cacing la.. haha... cepat2 habis blaja.. pastu kalau da keje kat TNB, kalau tetiba tempat Yana takde karen,Yana nak cacing bukak karen kat umah Yana sorg je.. hehe...
kekasih hati cacing cun dan cam arab sikit la..semoga berkekalan ke jinjang pelamin dan akhir hayat.



p/s :"Anything you want to said to her?" tu kalau dia baca mesti dia terharu kan..

Mar berkata...

semoga bahagia bersama si dia ea,..

cik chocomint berkata...

sweetnya cacing...ssh nak cari lelaki yang boleh meluahkan isi hati cmni..smoga korang dua bahgia.. :)

Shila berkata...

pergh cacing..

berdarah idung baca..ngee~~

Sayang Amirah berkata...

kiut la korang ni :)
pasangan cecacing hihi

zikeryhassan berkata...

aku nak try sekali la bro. hehehe


btw, datang membalas jejak.

Unknown berkata...

wahhh cacing..hehe..taik lalat kt mata awek mu itu sgt comey..hehehe

CahayaCintaIlahi berkata...

alahai ..rasa nak nanes baca entry cacing ni taw.. huhu kalau cci jadi dia kompen da meleleh air mata dan hingus hehe.. tpi suweet la siyez tak sangka cacing ni .. romantik lorh jaga si dia elok2 taw.. nt kawen jangan lupe jmpt cci ok ;)

LindaRahim berkata...

mmg mcm arab rrr....suke tengok...

Adynda Nurfarina berkata...

so sweet.. nie bt dynda jeluz laju2 nie ..;p

Cikya berkata...

comel owh!
pandai cari..hee
harap kekal ea.. :D

jodoh kita tak dapat sangka kan.. :)

suzie rahman berkata...

salam cacing n cik aina.hope kekal k.sweet sgt uols ni.mmg cm muka arab.hik2.en cacing jeles tu lh tu.

Hafidzah Hafidz berkata...

sweet sangat2..pengakuan berani, jujur! tabik!! terbaek mr cacing 69 =) moga kekal, fyza doakan yang terbaek =)

Cik Putri berkata...

its quite rare for a boy to show off their love.good job bro!keep it up!kih2:p

EkaWeird berkata...

wahh.. romantik gak cacing ni.. ika dtg ni..

Putri Sayang Kamu (PSK) berkata...

aduyai . ingatkan dah pupus lelaki macam ni . isk2 ! ade lgi rupanya . hee

Putri Sayang Kamu (PSK) berkata...

aduyai . ingatkan dah pupus lelaki macam ni . isk2 ! ade lgi rupanya . hee

deDetz berkata...

haha, i looike this one..semoga berkekalan :) kim salam gadis hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...