Khamis, 26 Mei 2011

13 Alasan Tipikal Apabila Si Hawa Tidak Mahu Menutup Aurat

As-salam dan salam sejahtera. Kali ni cacing nak berkongsi sikit la tentang alasan-alasan tipikal yang kaum hawa berikan ketika diajukan mengenai menutup aurat. Ingat bahawa ini adalah senarai alasan yang dipikirkan sahaja. Maka tak semua kaum hawa yang tak menutup aurat akan memberikan alasan sebegini. Bagi semua rakan-rakan cacing yang tak bertutup auratnya, maka jangan lah terasa hati ok. Ini hanyalah pandangan. 


Nak berubah biarlah perlahan-perlahan agar kelak tidak merasa satu kerugian



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 
ditulis oleh :indra

8 ulasan:

L Y N berkata...

nice entry :)
Dlu Cik Lyn pn tak pkai tudung.. tapi skrg Alhamdulillah... msa first time tu tak ready pun. tapi pakai je la.. dah besar.
org lain pun sama.. stiap org bila tiba masanya nak pakai, diorang akan pakai gak ^_^

Senang Hamil berkata...

betul tu.. mcm2 alasan.. yg jenis ke skolah pakai tudung, balik skolah xpakai pun ada
ada yg jenis kuar umah ja.. bila org datang umah dia, dia xpakai pun ada..

mungkin diorg xfaham lagi itu adalah suatu kewajipan..

fArAh nAbiLA berkata...

lame tak singgah blog ni.. :) entry yang terbaik..

deylaSUPERB . berkata...

stuju :D dlu deyla pon x ready nak pkai tdung . tapi , fkir efek kat abah , and adik lelaki . rse takot pulak . deyla syg dorang . xkn nak heret ke neraka pulak kan . hehe . first pakai tudung mmg tak slesa . lama2 , rsa da best . rsa segan pulak nak bg org lain tgk rmbut . and indirectly , deyla juga da segan nak pakai ketat2 . hehe .:)

iza berkata...

Assalam..
SEmuanya bermula dari rumah. Kalau dah mak bapak tak ajar anak2 dari kecil, tanggunglah akibatnya. Jangan nanti dah jadi buluh, akan timbul kata2 "Ketam ajar anak berjalan betul tp hakikatnya berlainan.."

Unknown berkata...

dulu nana x pakai tudung . tapi skrg dh pakai dh . sbb malu llaki tgk aurat kite . hmm , bdosa besar . :)

YouSOF berkata...

Very² nice one lah. Tepat lagi padat!


Yang last tu paling mantap!

akubersamaCahya berkata...

=) bagus entri ni.. cacing sgt syg pompuankan.. byk entri yg tegur pompuan. and baguslah!

kadang2 abc terfikir.. cukupkah kain yang menutup diri? cukupkah tutup diri ni dari buat segala salah. moga Allah kuatkan iman kita .. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...