Selasa, 24 Mei 2011

Bagaimana Si Gadis Menguji Si Jejaka : Apa yang si dia mahukan daripada si jejaka

Secara umumnya apa yang gadis inginkan dari seorang lelaki tidaklah mudah. Kebanyakan gadis berfikir secara berbeza dan memerlukan banyak intuisi di pihak si jejaka untuk benar-benar memahami apa yang difikirkan oleh si gadis. Sesetengah gadis akan mengatakan bahawa mereka mahukan lelaki yang dapat melindungi mereka (seperti Prince Charming, atau kesatria dari cerita dongeng ). Sesetengah dari pada mereka akan mengatakan mereka menginginkan lelaki yang akan melayan mereka secara adil.

Bertanyakan kepada seorang gadis secara langsung hanya akan mengelirukan anda, jadi jangan. Namun, ada cara untuk mengetahui apa yang si gadis inginkan dari anda dengan melihat lebih dekat bagaimana ia menguji anda.

Apakah itu Ujian Hubungan (Relationship Test)?

Ujian Perhubungan dating dalam pelbagai bentuk. Ia boleh menjadi pelbagai jenis soalan yang akan ditanyakan oleh si gadis semasa first date anda, atau mereka akan meminta pertolongan anda dalam apa jua cara, yang juga satu bentuk ujian perhubungan.
Walau apapun cara si gadis ini, ia memberitahu anda apa yang si gadis mahukan dari pasangannya.

1-  Si Dia mahu tahu adakah anda seorang yang menurut perintah ( pak turut )

Kebanyakan si gadis mencari teman lelaki, tetapi mereka agak tak boleh blah kalau si lelaki itu seorang Pak Turut. Bolehkah anda bayangkan mempunyai seorang pak turut yang akan mengikut sahaja anda sambil memegang beg duit anda dan ikut saja bontot anda semasa shopping. Pasti rimas kan. Itu yang saya maksudkan.

Seorang gadis melihat si jejaka sebagai  “kawan lelaki” yang boleh digunakan. Bukan si gadis mahu menggunakan mereka, tetapi golongan lelaki jenis ini menjadikan si gadis rasa disenangi. So guys, siapa yang mampu menolak?

Si gadis akan memikirkan untuk bersama dengan jejaka jenis ini sehingga ke satu tahap.  Setakat yang diketahui, ye memang benar, jejaka jenis pak turut ni senang di dapati. Akan tetapi, si gadis menjadi cepat bosan dengan lelaki jenis ini, lagi-lagi pabila si jejaka mula meminta sesuatu. Kira tak ikhlas la. Ingat lah wahai si jejaka, anda mahukan si gadis mengejar anda, jatuh cinta dengan anda dan mahu ia melayan anda seperti raja.

Pastinya anda tidak mahu dia kesiankan anda ataupun membiarkan anda sebigitu sahaja disebabkan anda membiarkan si dia menguasai anda.

2- Si Dia mahu tahu adakah anda bersedia untuk memberi komitmen
Monogami menjadi masalah apabila seorang gadis tersangka anda adalah seorang PLAYER. Cara pemikiran ini ditunjukkan dengan cara dia bertanyakan kepada anda soalan yang akan menguji anda samada anda benar seorang player ataupun tidak.

Sebagai contoh, si gadis akan bertanyakan kepada anda “ Macam mana la awak yang hensem ni takde teman wanita? Tak leh berkomitmen ye”

Cara menjawab untuk soalan jenis ini wahai jejaka ada lah “ Saya akan member sepenuh komitmen jika bertemu dengan gadis yang benar-benar saya saying”

Menjawab soalan ini dengan jawapan begitu seperti  “Killing two birds with one stone”. Pertama, anda telah memberitahu yang anda mampu untuk berkomitmen. Kedua anda telah membuatkan si gadis tertanya-tanya adakah dia gadis yang anda maksudkan.

3- Si Dia mahu tahu adakah anda boleh dipercayai
Untuk lebih terperinci, dia mahu tahu adakah anda akan “try” kawan baik dia jika dia tidak melihat atau dia tidak berada di sekitar.

Untuk menguji si jejaka, si gadis akan menyusun beberapa situasi “bagaimana jika”. Sebagai contohnya, bagaimana jika ajak gadis lain join anda berdua pergi ke pantai. Ini adalah salah satu trick si gadis untuk menjerat anda. Walauapa pun, hanya kata kan tidak sahaja.

Kepercayaan adalah isu yang paling penting dalam sesuatu perhubungan, dan si gadis akan membiarkan dirinya mencintai anda si jejaka jika dia benar-benar mempercayai anda.  Oleh yang demikian, tawan lah kepercayaan si dia. Pasti anda bahagia kelak.

Diubahsuai dari sini

7 ulasan:

Miecyber berkata...

Penuh ujian...

Taman Gantung

emieysandra berkata...

yg kedua tu sy skong! pnting utk gadis thu sjauh mne komitmen lelaki dlm perhbungan itu, bg sy la, ehehe^^

mat ganu berkata...

nice one.. pas ni bleh try.. err, bleh tak kalo laki yg buat cam tu kat awek?? hehe.. juz asking.. =P

Tanpa Nama berkata...

nice entry..(:

aindzaya berkata...

aneh juga kaum lelaki nie rupenya =)

Unknown berkata...

yang ke-3 tu pernah buat..hehe..=)

EmpayarUtama berkata...

Iya ke? Sama tak kalau lelaki guna nama pompuan, musti ramai bf aku nnt (eeee gelinya heheheheh)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...