Ahad, 15 Mei 2011

Beautiful is Toooooooooo Subjective

As-salam. Salam Satu Umat. Pada yang bukan Islam, Salam Sejahtera cacing ucapkan. Moga semua kawan-kawan cacing kat alam maya ni terus sihat disamping orang yang disayangi. Alhamdulillah, cacing sekarang selamat berada di Kuala Lumpur sebab sebentar lagi cacing akan menghadiri Konvo Si Jantung Hati Ainaa Fatehah. Tahniah cacing ucapkan pada beliau dan juga kesemua para graduasi yang bakal berkonvo.

Orite, tajuk perbincangan cacing kali ini berupa satu perbincangan yang subjektif, iaitu RUPA PARAS seseorang. Mesti korang semua tahu kan.. Contohnya... Ainaa itu comel, Fatin Liyana itu menraik kau tetap debom, Hanis Zalikha itu seksi. Sebenarnya sapa yang beri gelaran itu semua? tak semua daripada kita yang akan cakap mereka-mereka itu cantik.. Tak semua daripada kita cakap mereka itu comel. Jadi dari situlah kita katakan yang sebenarnya Kecantikan seorang manusia itu  sebenarnya satu benda yang Subjektif. 

Bagi cacing ini gadis yang comel, bagi anda?
Belum ada satu undang-undang yang boleh mengaitkan kecantikan itu perlu pada seseorang. Contohnya, Fatin Liyana itu wajib bagi kita cakap dia itu lawa atau pun cantik cun melenjun.. heee.... Ataupun kita akan disaman jika katakan Hanis Zalikha itu buruk macam tayar. Takde kan. So sebab itu kecantikan itu sesuatu yang subjektif.

Kebiasaanya, kecantikan atau kekacakan seseorang tu diperhebatkan dengan pertolongan media massa atau pun dari mulut-mulut manusia yang lain. Anda semua mesti percaya kan yang Hanis Zalikha takkan menjadi secantik itu kalo media massa takkan memperhebohkan keunikan Hanis Zalikha tu. Dan korang juga percaya tak yang Fatin Liyana itu akan menjadi seperti gadis-gadis kampung yang mukanya berminyak dan melekit-melekit kalo semua blogger tak pernah tau pun kewujudan dia.

Tetapi, realitinya Hanis Zalikha dan Fatin Liyana memang la comel... Dan menarik... Wah.. hahahha... Tetapi jikalau ada kawan-kawan kita yang mengatakan mereka tidak cantik ataupun comel, jangan lah cuba berbalah mengenai benda tu, sebab tak semua benda yang kita nampak cantik, bagi orang lain pun cantik.

Mungkin bagi sesetengah daripada kita yang mengatakan bahawa Betty itu menarik dan hot, dan mungkin setengah dari kita fikirkan sebaliknya. Jadi semua itu terpulang pada individu. Jadi JANGAN sesekali mengkritik pandangan orang lain tentang apa yang kita suka. Rambut manusia mungkin sama hitam, tapi yang pastinya hati manusia tak pernah sama.

Jika ini dikatakan hodoh, adakah anda telah sempurna?
Oleh yang demikian, ingatlah satu perkara bahawa Allah telah mencipta manusia ni sangat-sangat sempurna. Maka dengan itu tak ada satu pun manusia yang buruk atau pun cantik. Tak ada satu pun manusia yang kita boleh gelarnya sebagai cacat, kerana jika kita memberi gelaran yang teruk, maka samalah seperti kita memberi gelaran yang teruk pada pencipta kita iaitu Allah S.W.T.

Maka akhir kata dari cacing, mari kita mensyukuri apa sahaja yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Dan jangan lah kita saling mengkeji apa yang telah Allah berikan kepada makhluknya. Ingat, sekali kejian yang kita beri kepada orang atas paras rupanya, maka kejian itu samalah kita mengkeji Allah. Dan sesapa yang mengkeji Allah, maka NERAKA lah tempat yang paling sesuai untuk mereka.

11 ulasan:

Liyana Zahim berkata...

Cntik2 kebabom da tue jugek akn mreput nnti.. Herherher..

m!3yr4h_LolLy berkata...

saya sokong ! tak sume yang kita cakap cantik to, org akan cakap cantik gak kan. tapi Allah memang menciptakan hambaNya semuanya sempurna. kan.

aindzaya berkata...

setiap manusia yg dicipta tu baek2 kejadian..so saya adalah seorangn yang baik2 kejadian..betul ta?

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

biar muka sederhana tapi pangai cantik...kalu muka cantik dan pangai cantik...alhamdulillah

Afuan Shah berkata...

wwoohooo..cacing
wanita yg pakai tudung tu memang melecun ja..hik2..comel..

ada apapada rupa?cewahz!!

iza berkata...

Assalam..
Kecantikan paras rupa tak kan kekal selamanya...bila dah tua, berkerepot jgk...

Nas berkata...

cantik mmg subjektif..
orang yang orang lain kata xlawa aku leh kata dia lawa...
:)
cacing suka macam mane? :P

Jahirah berkata...

yup betol2 cntk tu subjektif..cntk dimata kita xsemesti cntk dimata org lain.apapun ada mata,hidung,mulut n sebagainya tu dah kira cantik la 2...:)

Ain Zulaikha berkata...

hahaha dah tua nanti cantik tu luntur.. tapi kalau pandai jaga tak apa lah.. tapi betul jgk andaian yg telah dibuat

shamyheart berkata...

=)Semua ciptaan-Nya adalah cantik

kalau rasa diri tak cantik pun, cantik2kanlah akhlak anda.

Syifa Alshah (wutwut) berkata...

cantik itu Tuhan kita suka. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...