Entry kali ni cacing nak kongsi la dengan anda semua, kaum wanita terutamanya. Sedang cacing men'surf'ing kan diri cacing, cacing terbaca satu artikel ni. Jadi entry kali ni cacing nak tau gak pendapat anda semua, benarkah artikel ini. Mari semua kita baca dan komen......
Wanita guna nama lelaki lebih berjaya
SINGAPURA: Apa ada pada nama? Banyak jika anda sedang mencari pekerjaan dalam bidang perundangan terutama apabila satu kajian di Amerika Syarikat mendapati wanita yang mempunyai nama lelaki didapati lebih berjaya sebagai peguam dan hakim, berbanding mereka dengan nama tradisi dan kewanitaan.
Kajian berkenaan yang diketuai pakar ekonomi Bentley Coffey dari Universiti Clemson, Carolina Selatan, melihat kaitan antara kejayaan seseorang dalam kerjaya perundangan yang akhirnya boleh menjadi hakim dan sejauh mana nama mereka dipandang sebagai ‘maskulin’ atau berunsur kelelakian.
Kajian itu mendapati, wanita yang bernama ‘Cameron’ adalah tiga kali berkemungkinan menjadi hakim berbanding wanita bernama ‘Sue’ manakala wanita bernama ‘Bruce’ pula lima kali lebih kemungkinannya menduduki jawatan itu.
“Walaupun wanita meliputi hampir separuh bilangan pelajar yang menjadi graduan kajian undang-undang dalam tempoh 15 tahun lalu, profesion perundangan masih kekal sebagai satu bidang yang dikuasai lelaki,” kata Coffey.
Menurut kajian itu lagi, ‘peguam wanita pertama di Carolina Selatan mempunyai nama maskulin dan hari ini ramai peguam wanita percaya bahawa perkara itu penting.
Ia turut menyenaraikan faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan wanita dengan nama lelaki dalam kerjaya mereka termasuk sebilangan kecil wanita di firma guaman di beberapa tempat di Amerika selain lebih ramai pengundi lebih suka pada lelaki berbanding wanita apabila memilih calon untuk memegang jawatan perundangan.
“Juri, pelanggan, ketua, profesor, ahli Parlimen, mungkin merasa lebih selesa dengan wanita bernama George berbanding yang bernama Barbara,” menurut kajian berkenaan.
Coffey memberitahu agensi berita bahawa kajiannya juga memberi kesan kepada dirinya secara peribadi apabila beliau memberi salah seorang daripada anak perempuan kembarnya dengan nama berunsur lelaki dan seorang lagi pula diberi nama tradisi kewanitaan. - Reuters
Jadi macam mana rakan-rakan semua, benarkah perempuan yang menggunakan nama lelaki ni akan menjadi lebih berjaya berbanding nama perempuan.
13 ulasan:
pendapat sy itu hanyalah kajian.xperlu la percaya sgt kot.kajian tu negara barat yg buat,so msia xterlibatkan? lg pun dlm islam nama yg diletak sebaik2nye mpnyai mksud yg elok..tu hnyalah pendpt saya,peace...:)
ada rezeki guna nama mak ayah beri pun tetap ada rezeki masing2. hehe papehal pun entri yg menarik. hv a nice day and happy blogging :D
~fuhh..entry yg agk pnas..
tp rsnya xperlu cm tue..cra pmikiran msing2..^_^
terpulang kepada individu tersebut
dea yang corakan hidupnya,,,,mau berjaya atau tidak..nice entry
kebetulan je tu kot.. (:
rezeki ade dimana2..hehe..
Eh xsmstinya.. Bjaya tak bjaya tkdir.. Lau gitu rmaila pompuan nk kai name laki.. Mohd.Liyana... Eh style juger yer.. Herherher..
maybe itu dah jadi rezeki diorang kot..=)
hye, nama saya ahmad rahimah, boleh saye jdi hakim skrg? :p
suratan dan kebetulan saja kot ^_^
rezki bukan terletak pada nama senarnya...
kesian do...afuan shah terasa..
ek .. tu atas nasib lah .. huih tak percaya lah ..syirik pulak nnt
Assalam...
Nak kena tukar nama ke ni? hehe...
Semuanya bergantung pada rezeki masing2 kan...
Catat Ulasan