Isnin, 30 Mei 2011

Ganguan Seksual... Hentikan Sebelum Terlambat

Gangguan Seksual di tempat kerja adalah perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.
[Image: sexual-harassment-in-the-workplace.jpg]


Jenis - Jenis Gangguan Seksual

1. Gangguan lisan
Contoh: teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan dan berunsur lucah.

2.Gangguan dari segi isyarat
Contoh: menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

3. Gangguan visual
Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

4. Ganguan psikologikal
Contoh: Undangan-uundangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.

5. Gangguan fizikal
Contoh: Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.


Tindakan jika berlaku pada diri anda

1. Beritahu penggangu tersebut bahawa kelakuannya tidak disenangi dan anda ingin supaya beliau berhenti berbuat demikian. Beritahunya dengan tegas agar dia tahu bahawa anda betul-betul maksudkan apa yang telah dikatakan padanya.

2. Jika orang yang mengganggu itu terus berbuat demikian, bincangkan dengan seseorang di dalam organisasi anda yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bincangkan dengan pegawai personel atau kaunselor bahagian gangguan seksual, rakan sekerja/ wakil kesatuan pekerja.

3. Anda juga boleh menulis kepada penggangu tersebut termasuk deskripsi, tarikh dan masa kelakuan yang tidak disenangi itu, kenyataan yang jelas bahawa anda mahukan beliau untuk menghentikan kelakuannya dan amaran bahawa tindakan seterusnya akan diambil jika beliau terus mengganggu anda.. Jangan lupa menandatangani surat tersebut dan tarikh anda menulis surat tersebut.

4. Buat salinan tersebut untuk simpanan peribadi anda dan dapatkan saksi ketika anda menyerahkan surat itu kepadanya.

5. Rekodkan segala apa yang berlaku dengan teliti: tarikh, masa, lokasi, apa yang terjadi, apa yang dikatakan pada anda, bagaimana perasaan anda ketika itu dan nama saksi-saksi atau mangsa lain yang pernah diganggu olehnya.

6. Jika Pengurus atau Supervisor anda yang mengganggu: bincangkan dengan orang yang lebih tinggi jawatannya, kepada pegawai personel anda,wakil kesatuan pekerja di tempat anda atau dapatkan bantuan dari Kementerian Buruh yang boleh memberi kaunseling dan bantuan.


Tanggungjawab Majikan

Adalah menjadi tanggungjawab majikan bagi memastikan bahawa sesebuah tempat kerja itu bebas dari sebarang bentuk gangguan seksual.

Gangguan seksual meninggalkan kesan ke atas semangat, prestasi kerja dan produktiviti seseorang pekerja. Ia meningkatkan lagi kadar cuti sakit/ ketidakhadiran dan juga boleh menyebabkan kadar pusingan tenaga kerja yang tinggi.

Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan dan mengeluarkan Kod Praktis terhadap pencegahan dan penghapusan gangguan seksual di tempat kerja yang mengandungi garis panduan dalaman. Tujuan kod ini adalah untuk memberi garis panduan kepada majikan mengenai penubuhan mekanisma dalaman di peringkat organisasi bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja.

dikarang oleh zorro

2 ulasan:

zulkoa berkata...

kalu aku kene nga maria ozawa mesti bes ni..

Unknown berkata...

betol tu..takleh biarkan begitu jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...