Jumaat, 10 Disember 2010

Perkataaan singkatan untuk memberi salam... Salam... Salah ke kite guna???

as-salam.... ha... kali ni pelik sikit kan cacing bagi salam... bukan ape, aritu cacing ada baca satu artikel pasal memberi salam ni... cacing kadang pun tak paham... sebelum pape komen jom kite layan.... waaaachaaaa---

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat
tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan........

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIW
ABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan
muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang
bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam
yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong
kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan
 “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.
 
artikel ni Encik Mohd Zamri ismail yang berbesar hati share ngan cacing... 
 
pesanan cacing: cacing kadang pelik gak.. dulu ada artikel pasal guna singkatan aslkm... tak boleh katanya,.... kena guna perkataan salam... tup2 ni takleh lah guna perkataan salam.... hmmm.... untuk yang lebih kompem, kite tanya pada para ilmuan dan ustaz2 yang betul2 beramal dalam jalan-NYA. 

11 ulasan:

Sha Shakina berkata...

great information :)

Cempakamelati berkata...

Oooo patut cam pernah baca jer article ni sebelum ni, tengok tarikh hari ni....hmm... dah penghujung baru faham kenapa..

Unknown berkata...

akum tu dah tau...salam pn xleh gune eg?dahla tiap2 entry ak tulis salam dlu..kene tukar ni...hehe...tq 4 this info

akubersamaCahya berkata...

so salam takleh guna sebab maksud nye selamat tinggal. kira sebelum berpisah boleh la guna? ^^

honeyvsbee berkata...

salam salah ? hahaha nanti ubah leee

Cik Aqilah Wardah berkata...

erm.... tapi, satu yg kte kene faham ialah, satu perkataan bahasa Arab boleh mempunyai pelbagai maksud mengikut pelbagai kondisi..

perkataan salam (سلام) berasal dr perkataan (سلم) yg membawa maksud sejahtera atau selamat..

dan, dlm ayat dr (43: 89) tu, wardah da cek... dr tafseer Syeikh Abul A'la al-Mawdudi, tafseer di sebalik ayat tu ialah, "Allah berfirman kpd Muhammad S.A.W., spy tidak berkata kasar pada kaum yg tidak tidak beriman (leh rujuk ayat-ayat sebelumnya) dn meninggalkan tempat tersebut...

salam di situ bukan bermaksud selamat tinggal, sebaliknya, ucapan yg baek Nabi S.A.W pd mereka...
utk bacaan lanjut, leh ke sini :

http://www.englishtafsir.com/Quran/43/index.html#sdfootnote71sym

wallahu a'lam.. bg wardah, perbezaan perkataan salam dan as-salam cumalah dgn hadirnya " alif-lam" di situ yg membezakan ma'rifah (kata nama khas) dn nakirah (kata nama am)

wallahu a'lam.. wardah cuma sampaikan apa yg wardah pernah belaja.. :)

♥ nur zaa ♥ berkata...

thanks for sharing..
info yg bagus. (=

Fariq Jalil berkata...

As Salam - Asma Al Husna..

tak tau lak nak komen camne,, ngeh3x..

Tanpa Nama berkata...

http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25598-penggunaan-perkataan-salam-bolehkah/

sekadar ilmu tambahan..=)

sukaxplo berkata...

terima kasih dgn info berguna nih...

Mind Me berkata...

thank u for the info..minta izin share kat fb ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...