Sabtu, 12 Mac 2011

Jangan Korang Berani Kahwin Dengan Perempuan Macam Ni! Tak Bagus!!

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam

23 ulasan:

Miss Ran berkata...

tajuk sspen je..hehe nice sharing

saya YANA berkata...

4 dan 5.. hmm... bunyi macam ada diseliling kita..

a kamsan berkata...

huh menarik ni boh..mohon izin share kt blog teman...

apik pehe berkata...

isk3...x suke x suke!!!

miss nuratikah berkata...

wah...nice entry..
like it! :]

Nurul Mazni berkata...

ye ker??
urmmmm.........
dtg sini~

sicomot-comel berkata...

nice info walaupun dah byk kali bce..

nasib baik wanita "bernanah" tak masuk kategori..
keh3

Qaseh dalia adelia berkata...

alhamdulillah tak termasuk :D

Abu Luqman berkata...

salam singgah sini ye

YAYA AZURA berkata...

jenis-jenis perempuan tu nama best-best je sebut..tapi maksud bukan main lagi....

sicomot-comel berkata...

cing ! nah bace ni..

tengs ye my dear ^^

http://sicomot-comel.blogspot.com/2011/03/my-dear-ni-kelakarlah.html

khalidahmacambaguss~O_o berkata...

mintak dijauhkan...mohon utk dishare ye... nak lotak kek pesbuk. bagi sumo pompuan baco... hehe

shida saje berkata...

nice info! saya tak tergolong ^_^

micky eyqa berkata...

nice entry :)

Suhami Ahmad berkata...

wanita hadaqah ramai...

FariehanIbrahim [LBC] berkata...

nauzubillah, mtk2 xpenah dan xnk termasuk dlm golongan camtu. =)

♀ syera teli ♀ berkata...

menarik la entry ni .
ala , tp kite agk becok siket .
kire wanita syadaqah la ni ? hehe ,

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan pesanan Rasulullah... Ini pesanan Imam Al-Ghazali =)

kena pandai bezakan lain kali ye..
apapun perkongsian yg menarik

zuhanismohamed berkata...

mudah2an tak tergolong la dlm yg 6 ni =.=

iza berkata...

As salam..
Kunjungan malam jengok cacing sambil semak dan susun semula bloglist.

put3 ct berkata...

tQ 4 da in4.. very interesting in4mation ;)).. btw mintak dijauhkan dari kita semua ya

NiSha berkata...

iishhh takotnya.. jgn la jadi cam yg terlist 6 tu kan..

(Jack Sparraw tu lagi hensem la dari cacing..~~Ngee

Alin berkata...

terbaik! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...