Kali ini, cacing nak sembang pasal lelaki yang harus atau wajib korang-korang perempuan putuskan / break-up. Tak kira lah hensem mana pun lelaki anda tu, macam Hitrik Roshan ke, macam Shah Rukh Khan ke, macam Aaron Aziz ke ataupun macam cacing sendiri... heeeee..... Walaupun mereka ni hensem sangat-sangat, tetapi perangai macam HJ (haram jadah) , buat ape anda kaum hawa yang cantik-cantik ni meneruskan perhubungan tersebut, susahkan badan je. dah la badan susah, hati lak tu merana. Silap-silap jadi macam kes gadis yang cuba bunuh diri kat KB Mall tu.
Pada kaum lelaki, kita ni dicipta sebagai pelindung ataupun perisai pada kaum wanita, janganlah kita menindas kaum wanita yang sememangnya lemah. Walau sekuat mana pun wanita ni, penkid ke, ahli bina badan ke, ahli gusti ke, atau ahli gosip tingkap ke, dalam hati mereka-mereka ni masih ada satu kelembutan. Bohong lah kalo ada wanita-wanita ni cakap yang mereka ni tak ada rasa kelembutan tersebut. Kerana apa, kerana Allah dah cipta manusia ni sangat-sangat sempurna. Terlalu sempurna sehinggakan tiada lagi yang mampu menciptakan manusia sesempurna Allah. Jadi kaum adam, lindungilah kaum Hawa ye.
Akan tetapi,masih ada lagi kaum-kaum adam yang berperangai macam hampas. Hanya mempergunakan wanita sebagai satu medium untuk melimpiaskan NAFSU. Tengok lurah-lurah yang sememangnya indah pada dada-dada dan buntut-buntut wanita. Tengok shape-shape cutting dada sehingga ke pinggul yang mengiurkan. Itu semua lumrah alam, lelaki suka melihat benda yang indah. Dan tambahan lagi perempuan zaman sekarang tidak berasa bersalah untuk memperlihatkan keindahan itu. Maka, apa lagi, benda FREE jangan dilepaskan.. Betul kan?
Oleh yang demikian kaum Hawa, Jika ada lelaki yang berperangai seperti yang bakal cacing list kan ini, maka putuskanlah hubungan anda secepatnya agar masa depan anda akan lebih terjamin. Jenis-jenis lelaki ni cacing dapat dari sumber sini. Mari kita baca apa jenis-jenis yang cacing maksudkan :
· Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun. Ini bermakna anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya.
· Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
· Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
· Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya saja.
· Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini, anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.
16 ulasan:
ahahaha...
bercinta lepas kawen ler..huhu
mmg ptt putus pon klu jpe laki cmnie
sokong entry nie la.. terbaek !
ada lagi,,lelaki yg curang,,
T__T
hmmm..
yang last je kebetulan sama..
macam mana nie???
T____T
nasib baik ..huhu...die x de ciri2 cam atas nie !hehe ! :D
hihi..nasib baek en.bebeh xde pun perangai2 gini..haha
stuju sagat la..i pernah rasa dulu..huhu
aaa , no komen . haha tp suka entri ni ^_^
fatin dh pernh kpl dgn laki yg lagi truk dari ni :)
mmg ptut lpskan :D
esh2.. teruknye laki ni.. (alamak!! aku sorang je laki yg komen entry ni..) hahaa XD
ada lagi..lelaki pengikis..
boleh x?hehe
tambahan....lelaki yg xpa segan silu menggunakan duwet pompuan...baik angkat kaki je weh...nti da kawen kita lak tanggung dia..xley2.
huhu..fakta yg sgt btol
likeeee
pernah jumpa lelaki sek,
pernah jumpa lelaki poyo,
pernah jumpa lelaki terlalu baik,
dan alhamdulillah dapat en hubby yang sempoi..hehe
Catat Ulasan