Bila kawan jadi kekasih
Kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta.
Adakah hubungan ini akan berjalan dengan lancar?
JIKA dahulu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya.
Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa kamu.
Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?
Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.
Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.
Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.
Kelebihan
1-Kamu harus menyukai seluruh peribadinya. Kamu juga perlu tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari.
2-Kamu sanggup melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu.
3-Kamu mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, kamu seharusnya mempunyai nilai-nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua belah pihak.
Kekurangan
1-Memandangkan kamu berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, maka tiada lagi hal-hal yang boleh membuatkan kamu perlu bertanya atau mencipta keterujaan. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.
2-Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat. Tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.
3-Malah sikap seperti cemburu dan syak wasangka yang melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dahulunya hanya seorang teman biasa.
4-Sebagai sahabat, hubungan kamu berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Kamu akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik.
Dan siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan kamu?
Risiko bercinta dengan sahabat?
Daripada segi pro dan kontra yang telah disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa kamu ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.
Kamu merasakan telah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah.
Sementara aspek lain pula, terdapat risiko yang harus kamu hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan. Jangan meluahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.
Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Ingat, kamu tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap kamu sekiranya kamu takut untuk cuba bertanya sendiri.
Apabila kamu berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan. Selamat mencuba.
sumber disini
21 ulasan:
sebolehnya nak elak dari bercinta dengan sahabat sendiri..
seorang kekasih boleh jadi sahabat...
tapi seorang sahabat.. belum tentu boleh jadi kekasih...
^^,
hahaha..cacing...
tepat kena kat muka aku
pd mulanya memang janggal nak mati la..
mana nak tukaq nama panggilan g...selama ni ber 'aku' 'hang'..akng tukaq 'saya' 'awak'...janggal kan?
pasal boring tu xlah..sebab kita kenal dia dulu sbg kawan..bu now..kenali dia pula sebagai kekasih...amacam??
bagi tuan putri kn..tak best kapel ngan kwan baek ni..bab mase kwan kite dah biase kasar2..ttbe kapel pon ksar..t kpel pon die lyan kite mcm kwn gak..xbest2!
aq ngan awek aq dulu pun bespren gak... susah sebab nak tukar gelaran la..hihihi...
tapi hubungan memang tambah mesra la... sebab asalnya memang rapat, dah kapel jadi tambah rapat la...
cuma segan sket nak jiwang2... kalau aq bagi ayat jiwang, dia cakap "ewww...jiwangnyer..." hahaha...
hampeh punya awek...hihihi...
kawan baik biarlah jadi kawan selamanya...;-)
Most of ppl pon cmtu.. Kwn2 lu pahtu bru feling2.. Ade ke knl2 tros kapel? Ahahaha..
ade positif & negatifnya...tapi rasenye byk negatif kot...
bia kwn sampai akhir hayat la...
bergantung kepada individu tu sendri jugak...ade yg sesuai,ade yang tak....so kena pandai menilai dan memilih...:)
depends on org tu cmne jgk....
memang kalau sahabat jadi kekasih akn rase jggal...
tapi lame2 mybe ok kan...
saya bercinta dgn sahabat sendiri :)
dan pernah putus sekali sbg kekasih,
but kami masih berkawan seperti biasa walaupun pd mulanya agak kekok..
walaubagaimanapun,
sbnrnya kami melengkapi antara satu sama lain :)
insyaAllah, jika diizinkanNya,
kami akan mengikat tali pertunangan.
dan jika jodoh kami panjang, sy ingin menjadi ibu kepada anak2 nya :)
insyaAllah...
nice sharing .. hee .. ni based on own experienced ke ?
yup,hehe.
boleh,tapi kadang2 not work the way it would be.
lau ada jodoh tak kemana gak. hehe XD
erm...bkn mmg kwn dulu ke??hihi..ok la tue..kwn.kwn baik..kekasih..haha..
but depends la mana yg ok kan..hihi
kalau dah jadi kekasih.... kahwin je terus.. tak kisah la nak panggil aku kau ker... saya awak ker.. Lagi molek....sebab dah kenal hati budi... takde hipokrit dalam pergaulan....
sy dah berchenta selama 3 tahun dgn shbt baik sy yg sy kenal dri kecil dan sy xpernah bosan!!
insyaAllah akan kawen tahun depan.kalau dah jdoh kan... ;)
nice entry
pernah mengalami situasi camni..tp da break up..skang ni die still kawan yang rapat..^_^
yaaa... setuju sama Pembawa_wacana...ok ape..dirumah dia isteri,dijalanan kawan...wah cam nasyid lak..hehee
Latest : 360 sendi penyelamat dari neraka..
benda tu tak mustahil sebab dalam percintaan mmerlukan persahabtan juga^^
Bagi sy ,tak mustahil bleh jadi...
tapi kebiasaannya kwn baek tu suke pd kite,kite plak yg tak suka pada die..huhu
macam situasi cik arnab je..huhu.. sedeh plak rasa.. tapi cik arnab rasa, memang xboleh ada perasaan dgn kawan baik.. betullah pepatah kawan cik arnab "aku x akan bercinta dgn kawan aku sendiri".. so, cik arnab.. pliz remove all da feeling... betul tak encik cacing?
tak nak bercinta dengan member sendiri. lain rasa ouh!
Catat Ulasan