Memaparkan catatan dengan label UTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UTM. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Januari 2011

Soalan maut dan Jawapan yang membunuh!

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".

Sumber dari : KahKahKah - Cerita Lawak - FAQ ( Soalan Yang Kerap di Tanya )

Selasa, 7 Disember 2010

Jom Menari bersama....... CACING!!

salam you'll.... pe habaq? kali ni cacing nak share ngan korang semua satu video yang bakal menggemparkan industri tari-menari kat malaysia... ni semua kerja kawan cacing yang dengan selumber yaya nya telah merekod aksi cacing menari... ni namanya tarian cacing kepanasan... selamat mencuba... hahahahahhahaha(ops... tergelak dulu lak.....)

AMARAN: sebelum atau selepas mahupun semasa melihat video ini, anda di nasihatkan untuk tidak memakan ape jua makanan kerana akan menyebabkan anda memuntahkan balik makanan tersebut. oleh itu, lihat video ini ketika anda sedang kelaparan... harap maklum...

Rabu, 1 Disember 2010

NINJA UTM... beware of them!!

Assalamualaikum to all peeps.... sory la dah lama benor tak duk post benda merapu kat sini. kali ni cacing nak kongsi ngan korang semua satu video yang budak2 utm buat... agak genius gak la pengarah video ni, silap2 leh kalah Ahmad Idham... hehehhe... Ha... Jom layan.... zazzz......

Ahad, 31 Oktober 2010

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

 BUAT PEDOMAN BERSAMA.
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Nukilan :Awienz Rashid

Rabu, 27 Oktober 2010

Yok Makan!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Cacing ucapkan pada kawan2 cacing yang kat luar sana.. Walaupun kite tak pernah bertemu tapi keakraban kite umpama air yang dicincang tak akan putus... hahahaha..... dah start merapu dah cacing ni... http://www.emocutez.com

ok kali ni cacing nak ajak korang share pengalaman cacing g makan malam taid... full oooo perut ni.. hehehehttp://www.emocutez.com

Jom kengkawan kite tgk ape makanan yang cacing nak perkenalkan malam ni...
sebelum tu cacing nak gtau la kat mana cacing makan.. 

Cacing makan kat Restoran Kampung Melayu. Kalo korang nak tau, restoran ni memang mengekalkan ciri2 perkampungan... Dengan lanskap yang ringkas tetapi mendamaikan... http://www.emocutez.com

Ditambah lagi alunan muzik tanglung menemani pengunjung semasa makan... Servis dia pun tiptop... Pelayan di sangat murah ngan senyuman.... http://www.emocutez.com

Harga standard. Nak kata mahal sgt pun tak, Nak kata murah sgt pun tak.. Orang cakap, suam2 kuku la...

ok... mesti korang tak sabar kan... jom tgk....http://www.emocutez.com


Ha ni lah Restoran yang Cacing maksudkan.. Rasanya sape yang duk kat Johor mesti tau restoran ni...
Ha korang sampai2 je, korang akan disambut oleh pokcik tembam ni... Tapi yang peliknya, walau digetek pun dia tetap senyum... baik sungguh pokcik ni :)

Ni lak buku menu.. Memang nampak Class..

Ni la antara Lanskap yang caing maksudkan tu.. Sedap je mata memandang...

Ni adalah otak2 buatan chef kat sini... pelik kan.. tapi rasanya... slluurpppp!
yang ni harga dia RM 3.50

Ni Nasi Goreng Nenas.. Memang betul2 pakai buah nenas.. heheheh
Nasi goreng ni harga dia RM6.30... Air bandung RM 1.90

Ni lak Chicken Chop Grilled... Harga makanan ni RM14.50

Yang ni Chicken Chop Deep Fried.. Ayam ni harga dia RM 13.90

Nasi Goreng Seafood.. Yang ni Cacing makan tadi,... sedap ooo...
Makanan yang cacing makan tadi harga dia RM6.50


Ha yang terakhir ni takde kat Restoran Kambpung Melayu.. Cacing makan ABC ni kat KEdai Kampung Melayu... Tah mana Kawan bawak... Kami JOM kan aje.. ehhe... Penyejuk badan ni lak RM3.00

Isnin, 25 Oktober 2010

What The Fcuk!

Salam kawan2 cacing kat alam maya ni(aduh skemanya ayat....) 
First of all, Cacing nak said thank you very2 munchhy2 kat korang semua sebab wish tuk exam cacing... Alhamdullilah, semua berjalan ngan lancar....

Orite2... Cukup ngan tu... Dah macam ape tah.... eeuuuwww..... hahahaha...

Arini sebenarnya cacing nak kongsi satu fakta kat korang.... Benda ni Penting sangat2! Lebih penting dari buang air besar(lagi satu ayat skema)...... Jom kite layan.... Eh sat2... Fakta ni cacing jumpa time facewalking tadi... hehehe.... ni tuan punya nota..... Cik Syahirah Mansor

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Ha mesti korang terkejut kan.... Ape lagi... Berhentikan guna barang2 yang dinyatakan tu!

EXAM!!!

Salam.... warrrgggghhhHH!!!!! esok cacing ada test!!!

Sekarang ni tengah stress.. Bukan sebab tak sempat nak study....

TAPI SEBAB DAH TAK TAU APE LAGI YANG NAK DI'STUDY'KAN....

SO.... Kengkawan cacing yang hensem2 dan tomei2 serta cantik2.... 

WISH ME LUCK FOR MY TEST 
'POWER ELECTRONIC AND DRIVE'


Jumaat, 22 Oktober 2010

APE???? ORANG NAK BELANJA??? JOM!!!

Salam kengkawan yang sentiasa kelaparan kat luar sana... hehehehe.... Post kali ni cacing nak bagi korang lagi terliur.... baik punya menu cacing cari.... Tapi kali ni cacing di seponser oleh sahabat cacing yang bernama PIAH... kalo korang nak kena belanja gak, korang kawan la dia ye... Pepandai la cari no phonne dia... heheheh.... Jom kite layan gambar kat bawah ni..... yummmmmYummm~!!!!

Ha ni lah tempatnya.... D&C.... delicious and cheap... memang murah dan sedap... tempatya adalah dekat Bandar Baru Uda... depan bangunan hijau.... dia ni bukan kat warung2... tapi kat rumah... memang sempoi....


ha pilih2! Murah2!

Ni la dia Beef Stick cacing pesan... banyk.... ada 3slices daging...

Ni lak lamb chop.... Bukan cacing punya... member cacing punya.... besar kan....

Ha ni lah dia PIAH.... punya la dia kempunan sampai sanggup belanja kami... Mekasih Piah!!

Ni lak En.Hensem.. walaupun tak hensem mana, tapi sebab kawan2 kite panggil gak la dia hensem... heheheh

OPPPPDSSSSS!!!! Settle dah..... ERRKKK...... Alhamdulillah!!!

Ha ni lak no tepun... kot2 kalo korang nak g gak... tepun la no ni kalo tak tau jalan ye....

ha ni kitchen dia... simple je! tapi bersih!

Jadi sekian saja lah en3 kali ni... Ha kamu yang meleleh air liur tu... Lap cepat... kang basah keyboard laptop tu... Ha kamu lah... hehehehhe.....

Khamis, 21 Oktober 2010

Nasi Ayam Penyek Berapi!!!!

Salam kengkawan sekalian.... Mekasih la kat kengkawan semua sebab korang rajin2 datang blog cacing yang tak seberapa ni.... Dan sanggup menghabiskan masa dan tenaga duk komen2 kat En3 cacing... Lagi2 pasal Steamboat tu..... Tapi wa cakap sama lu beb, memang HOWLIAU.... Terangkat pungkuk kalo korang cube... hehehehhe......

Ok post kali ni cacing nak kongsi lak kat korang tentang Nasi Ayam Penyek... Cacing tau semua mesti pernah makan kan Ayam Penyek ni..... Sambal dia memang KAW2 punya pedas..... slluuurrpppp.... Tak cukup air liur nak telan tahan pedas ni.... 

Tape bagi cacing, dia punya tempei gak yang menjadi pujaan hatiku... hehehehe..... Kalo nak tau cacing ni orang Jawa.... hahahaha..... Ni la manusia lupa bangsa... hahahahha..... Kalo korang nak tau, bekas menteri Selangor dulu pun kuat makan tempei.... Tu awet Muda je.... Lupe lak sape nama dia.... 

Ok2.... Malas nak bebel panjang2.... Jom kite tgk makanan yang ada.... Tapi gmbr ni macam tak best je.... Sekadar tuk santapan mata..... Let's Gone!!!

Ha... Ni lah Kedainya.... Restoran Pinang..... Best....

Ni lak Nasi Ayam Penyek.... Sori tempei cacing sebat dulu... Tinggal ayam je... hehehe

Ni lak dinamakan Pecal LELE.... kalo nak tau Lele tu maksudnya Ikan Keli...

Erkkkk!!! Settle!

Lele yang hanya tinggal tulang... Sedia untuk dilupuskan...

Sabtu, 16 Oktober 2010

SteamBoat Time!!! Memang Steam!!

Salam kengkawan... En3 kali ni cacing nak kongsi tetang steamboat.....
Memang menjilat jari.... hehehe... Selalu orang g je kat tempat steamboat nya restoran.... Tapi terjamin ke kebersihan tempat kite akan tu kan..... hehehehe..... http://www.emocutez.com

Daripada ragu2... Baik cacing buat sendiri Steamboat... Bukan susah pun... Modal Rm60 tuk 5-6 orang... Kira dah jimat kos minyak dan duit bayar makanan... Sebenarnya tgh saving....http://www.emocutez.com

Kuah tuk rendam segala boat2 yang ada tu cacing guna perencah tomyam... Yang pati punya tu... Murah je... Just 0.99sen je... Kalo dua jadi la 2hinggit..... Bukan yang macam mail jual tu, dua singgit... Tak dapat dah ngan harga tu.....

Boat2 yang cacing n friend pilih terdiri dari bebola sotong pelbagai bentuk yang diseponser khas oleh LAZAT.... Dan tak lupe gak cocktail sosej..... Yang ada Lada Hitam n Keju dalam dia.... Disejukkan lagi hari kami ngan dua botol air gas..... Coke n A&W.... Memang nak kena potong kaki.....http://www.emocutez.com

Ni la antara gambar2 yang sempat kami amik..... Jom layan.... ZZZAAAASSSS!!!http://www.emocutez.com


Stage pertama memasak!!

Antara boat2 yang akan di steamkan..... Semua peserta segak...

Banyaknya...... Adui.... Jenuh nak masak...

Eh... macam mana leh sesat gmbr ni lak.... argggghhh.... sensored!


Rabu, 13 Oktober 2010

No More Peace!!!!! Sila Baca kawan-kawan!!

Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.





Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

 
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.







Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.

WALLAHUALAM

Sumber : IbnuYaacob
Prepared By : PermataDunia

Isnin, 11 Oktober 2010

Bosan2... Ngesot2... Senggol2... Sengal2....

Salam kawan semua... Ape habaq?? Hope sihat na....
Maaf cacing pinta dari hujung rambut sampai hujung kaki seba dah agak lama cacing tak melawat blog ni... Cacing bee zee yang teramat!

So, di kesempatan ni, cacing nak wish ka korang semua, Gud luck for what ever you do.. Always put Allah in every thing you do.... 

Sebenarnya cacing tak tau nak post ape... Kira ni En3 baru gak la ni... hehehe... bye3 semua...


Rabu, 6 Oktober 2010

10 Peraturan!!!!

10 Peraturan untuk setiap bapa yang ada anak perempuan patut bagitau kat Boyfren anak masing2.

Salam.... Ape kabo semua??? Harap-harap sihat na.... cacing 2-3minggu ni tersangat la busy.... Ngan lab la, presentation Projek la...... Itu la... Ini la..... (alasan..... ehheheh) ...... Ni pun curi2 masa nak post kat blog ni... Rasa dah naik sawang dah kat sini... Kengkawan cacing pun mesti rindu ngan cacing kan... kan3!!! ngaku cepat... hehehhe.... 


Ok kali ni cacing nak share satu post yang ada kat Fb.... Cacing rembat ni kat FB jejaka ni... Agak chomel la beliau... (puji dulu siap2..... )  Jom tgk ape yang cacing bagi.... Selamat Membaca.....

 

Kepada Bf anak aku,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

 

Sabtu, 2 Oktober 2010

ALAMAK!!!! APE DAH JADI NIE!!!

Salam..... haih(mula2 kena ngeluh dulu......) Mesti kawan-kawan leh agak gak nape cacing ngeluh.... Kalo yang tak tau tu meh tgk ape yang cacing nak tunjuk.......


Ni bila cacing start aktif balik blog walking

ni semasa cacing ngah rajin nak ngesot2....

ha ni lak time bz..... aduh... peminatku dah lari.. heheheh

Ha... Sekarang kawan-kawan dah tau kan... jatuh merodom pelawat cacing... Ni semua gara-gara kerja Projek Sarjana Muda(PSM) cacing.... haih.... Banyak jurnal nak kena baca... Bagi projek tuk nyalakan mentol dah la... Ni pai bahan kimia pun nak cacing kaji... Cacing belaja ELEKTRIK(saja nak promote... hehehhehe) bukan KIMIA..... pape pun thanks la kepada kengkawan yang sudi datang gak blog cacing walau takde pape.... THANK'S GUY'S...... Luv u all..... (macam gay lak... hahah)

Isnin, 27 September 2010

Untuk Kawan-kawan blogger!

:: frens means ... someone who is alwaz by urside .. sad or heppy .. ♥ u aLL ..


KAWAN..Bila rasa ingin menangis.. hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau...
tapi tak leh ramai sangat.. nanti habih air mata aku...

Kawan... Jika terasa tiba2 nak melarikan diri... jauh dari masalah..
hubungilah aku... aku takkan suruh kau berhenti..
tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...
tapi jangan laju sangat, aku lari tak larat.. aku nak kejar.. kaki aku pendek...


Kawan.. Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia.. beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Kawan.. Jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti...
ceritalah pada aku.. aku takkan sebut nama lelaki/wanita itu...
tetapi.. cubalah jadi wanita/lelaki yang lebih soleh & solehah...


Tetapi kawan.. Jika suatu hari aku berdiam diri.. aku tidak membalas message kau..
aku tidak angkat panggilan dari kau... hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku.. ermmm.. aku amat perlukan kau...


Atau aku sudah tiada lagi di dunia ini..

nukilan si GADIS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...